Selamat ulangtahun ke 21..

– dipetik daripada blog akhi Aizuddin Khalid dalam entru bertajuk Selamat Ulangtahun ke 21 HAMAS

Selamat Ulangtahun ke 21 diucapkan kepada HAMAS di Palestin. Pada Ahad, 14 Disember 2008 lalu, HAMAS telah menganjurkan perhimpunan di Gaza sempena menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-21. Perhimpunan tersebut telah dihadiri lebih kurang 300,000 rakyat Palestin. Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS di Gaza, menyatakan  bahawa kehadiran sebegitu besar menunjukkan kegagalan proses perbincangan dengan musuh dan kejayaan serta sokongan padu kepada penentangan/kebangkitan. 

Di sini saya rumuskan noktah-noktah penting yang ditekankan oleh PM Palestin, Ismail Haneyya dalam ucapannya pada majlis tersebut:


1 ) Kehadiran 300,000 penyokong HAMAS membuktikan kekuatan dan populariti HAMAS tetap kukuh dan terus berkembang. Contoh kita adalah Rasulullah, tiada contoh lain untuk kita kata Ismail Haneya merujuk peristiwa Rasulullah SAW diboikot di Makkah oleh Musyrikin. 

2 ) Mengenai sekatan ekonomi yang diperketat semenjak 18 bulan lalu, Ismail Haneyya mengatakan bahawa sekatan besar-besaran ini adalah sekatan besar-besaran ke atas projek Palestin.

Ismail Haneya sedih akan Mesir yang bersekongkong dalam sekatan ke atas Gaza. Beliau juga menyatakan kekecewaannya terhadap komuniti antarabangsa yang bersifat pasif  terhadap sekatan ini, walaupun kematian disebabkan sekatan bertambah dari hari ke hari.

Walaubagaimanapun, beliau memuji dan mengalu-alukan badan-badan dan figur-figur antarabangsa yang menunjukkan sokongan kepada Gaza dengan menghantar kapal-kapal bantuan. Beliau juga menyampaikan penghargaan tinggi kepada semua pihak yang menunjukkan kesatuan mereka dengan rakyat Gaza dalam melalui saat-saat kesusahan ini.

3 ) Hamas sentiasa bersedia untuk memulihkan ketegangan politik melalui dialog nasional tanpa syarat. 

5 tunggak kesefahaman yang perlu dibincangkan:

i) Kerajaan harmoni bersepadu
ii) Menyusun semula pasukan security PA berasaskan kepentingan negara
iii) reformasi PLO
iv) Kesepakatan antara pihak-pihak inter-Palestin
v) Pilihanraya presiden PA dan kerajaan Palestin

Kepimpinan PA di Ramallah perlu membebaskan kesemua tahanan politik Hamas dari penjara PA dan berhenti memburu & menangkap pejuang-pejuang kebangkitan Palestin. Ini sebagai langkah awal untuk menunjukkan PA berminat untuk berdamai.

4 ) Pihak-pihak luar (eg Mesir, Arab Saudi) yang ingin mendamaikan pertelagahan dalaman Palestin perlulah bersifat neutral.

5 ) Tempoh Mahmud Abbas sebagai Presiden PA akan tamat 9 Januari depan. Hamas tidak gentar menempuh pilihanraya asalkan bersih dan adil.

6 ) Mengenai 6 Bulan Genjatan Senjatan (Truce)
6 bulan Genjatan senjata yang dijalankan disifatkan sebagai negatif kerana keganasan Israel dan sekatan dan penutupan sempadan Gaza tetap berterusan. Hamas tidak akan melanjutkan genjatan senjata tersebut kecuali penjajah Israel menghentikan sekatan dan membuka laluan keluar-masuk ke Gaza.

7 ) Hamas tetap bertahan dengan agenda Palestin walaupun ada pihak bertahun-tahun cuba berbincang dan berunding dengan pihak musuh. Hamas mengutuk pemerintahan di Ramallah yang terus cuba berbincang dan berdamai dengan pihak musuh, walaupun jelas tidak akan membawa kejayaan. Hamas juga mengucapkan selamat tinggal kepada Presiden USA, George W. Bush, Bush akan jatuh, tapi HAMAS tidak akan jatuh ujar PM Palestin.

8 ) Hamas menentang penghalauan 1.5 juta bangsa Palestin ber-warganegara Israel yang dicadangkan Tzipi Livni dan Parti Kadima.

9 ) Ismail Haneyya mengecam kesepakatan dan koordinasi antara PA dan Israel dalam operasi-operasi ketenteraan dan sekuriti untuk menghapuskan pejuang-pejuang Palestin dan menyeksa rakyat Palestin.


Sempena ulangtahun ke 21 ini juga, Briged Izz Addin Al-Qassam menyatakan bahawa telah 1200 anggotanya menemui syahid semenjak penubuhannya. Ini termasuk pemimpin dan kader-kadernya, Briged Al-Qassam menekankan untuk terus menentang penjajah Zionist sehingga seluruh Palestin dibebaskan kembali. Briged Al-Qassam juga tetap yakin akan kemenangan dan kemerdekaan Palestin yang pasti tercapai.

Semoga Allah SWT mengukuhkan saf mujahidin-Nya dan menghinakan musuh-musuhNya. Semoga Allah SWT membuka mata hati umat Islam bahawasanya Palestin adalah nadi ummat ini lalu umat Islam bangkit seluruhnya menentang musuh-musuh Allah. Saya menantikan saat itu.. Selamat Ulangtahun ke 21 diucapkan kepada HAMAS.

لا تزال طائفة من أمتي على الذين ظاهرين لعدوهم قاهرين لا يضرهم من خالفهم ولا ما أصابهم من ولاء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك“ قالوا يا رسول الله أين هم، قال ”بيت المقدس وأكناف بيت المقدس
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Wahai Rasulullah, Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis”

(Hadith Riwayat Bukhari)

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود  فيقتلهم المسلمون حتى يختبىء اليهودي من وراء الحجر والشجر   فيقول الحجر او الشجر يا مسلم  يا عبدالله  هذا يهودي  خلفي  فتعال فاقتله                 
 
“Tidak akan berlaku hari kiamat hinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi, lalu orang Islam berjaya membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, marilah ke sini dan bunuhlah dia“.

(Hadith Riwayat Muslim)
– dipetik daripada blog akhi Aizuddin Khalid dalam entru bertajuk Selamat Ulangtahun ke 21 HAMAS –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: