Tipu duniawi..

kini taman hangus terbakar
tiada wangi, hilang seri
kembang dan jambangannya punah
indah cantiknya musnah

kumbang terpanggang rentung
dibakar pijar
tanahnya membahang panas
buminya tandus

dulu jambangan ini
menguntum seri
senyum di tangkai hati
semerbak harum kembang indah
taman mengundang tenang
cantik bunga
kumbang pun datang bertandang

rupanya seri taman tak kekal
harumnya sementara
indah sebentar
kerana bajanya ringgit permata
bukan iman dan taqwa

itulah taman dunia
taman tipu daya
taman pura-pura

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s