Persoalan yang disoalkan..

apakah terlupa pada hakikat kehidupan..
mungkin terleka dengan kesenangan..
terlalai mengenai hakikat penghambaan..

sedang di sekeliling penuh kenikmatan..
yang ditarik hanya satu kenikmatan..
tidaklah terhitung dalam kiraan..
segala kenikmatan dan pemberian..

andai kata terlupa hakikat kesyukuran..
pasti itulah kesombongan..
diberi setiap pemberian..
dijawab setiap permintaan..
didengar setiap rintihan..
diselesaikan setiap permasalahan..
apa lagi ingin kau katakan?..

diberikan segala yang diinginkan..
namun apakah balasan yang diberikan?..
hanya kesyukuran pada lidah perbicaraan..
hakikat hati dan jiwa tiada kepatuhan..
tidak ada istilah tunduk dalam pengabdian..

sedangkan engkau budak suruhan..
yang diberi kemudahan..
diberi arahan..
juga diberi larangan..
di mana letaknya kesyukuran?..
apakah hanya pada lisan?..
atau pada jiwa dan perasaan?..
ataukah pada amal perbuatan?..

bukankah seluruhnya harus tunduk dalam kepatuhan?..
sekarang, persoalkanlah setiap persoalan..
apakah telah kau penuhi segala tuntutan?..
atau masihkah kau dengan hakikat persendirian..

atau dunia ini tiada penilaian?..
di mana hakikat neraka dan syurga idaman?..
apakah takut dan harap hanya falsafah di awanan?..
atau segalanya sepatutnya dalam pengamalan?..

tanyakan segala pertanyaan..
dan kau sendiri, hadirkanlah jawapan..
lihatkan segala keadaaan..
dan kau sendiri, di mana dirimu dalam timbangan?..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s