Ketetapan dan perubahan..

dalam pengembaraan kehidupan..
ada ketetapan..
ada perubahan..

mengapa disibukkan apa yang telah ditetapkan..
sedang banyak lagi perlu dikerjakan..
bukankah perubahan menuntut pengorbanan?..

apakah diimpikan keindahan..
namun tiada kudrat yang mampu dihulurkan?..
apakah diimpikan setiap idaman..
namun tiada pengorbanan sanggup dilakukan?..

hentikan angan-angan..
andai beginilah cara pemikiran..
nescaya punah pengakhiran..
pasti bukan kemenangan yang disaksikan..

setiap yang diberi penghargaan..
pasti ada harga tawaran..
apakah mampu kita menyiapkan bayaran?..

dalam pengembaraan kehidupan..
ada ketetapan..
ada perubahan..

ketetapan urusan Pihak atasan..
sedang kau hanya orang bawahan..
ketetapan itu hak Tuhan..
kau hanya hamba suruhan..

apa yang dirisaukan..
andai kata ia telah ditetapkan..
apakah kau punya keputusan?..

siap sedialah dengan keputusan..
kerna keputusan tidak dapat dibalikkan..
sungguh Dia menetapkan..
sesuai dengan kemampuan..

Advertisements

5 thoughts on “Ketetapan dan perubahan..

  1. assalammualaikum…

    dalam maksudnya monolog ini. bahkan orang yang membacanya harus membaca dalam posisi bercakap kepada diri sendiri. satu peringatan…

    jazakAllhu khairan katsira….

    Kerana berjuang ertinya berkorban
    Berkorban ertinya terkorban
    Terkorban ertinya menderita
    Derita asam garam perjuangan
    [Anugerah – Jalan Mujahadah]

  2. waiyyak.. jazakumullahu khairan kathira.. yang baik itu datangnya daripada Allah.. dan yang buruk itu juga ketentuan Allah tetapi disandarkan ke atas diri yang faqir terhadap Rabbnya ini untuk menunjuk diri ini hanyalah makhluk yang tersangat kerdil jauh berbeza dari Khaliq yang Maha Agung..

    sememangnya monolog ini ditujukan kepada diri sendiri.. semoga bermanfaat.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s