Hakikat yang perlu dihalusi..

bagai sengatan bisa di hati..
bahkan lebih parah lagi..
aku mencari-cari di mana hati..
tiadalah aku menjumpai..
sedang hati itu ghaib dan tersendiri..
cuma sakitnya rasa tidak terperi..
itulah hakikat hati ini..

namun bila indah memancarkan seri..
seperti dunia ini telah dimiliki..
terlupa apa yang di sisi..
bagai dalam kepompong sendiri..
indahnya hanya ilusi..
kerna dasarnya tidak diperhalusi..
seperti mengharapkan yang tak pasti..
itulah hakikat hati ini..

namun telah diletakkan semua ini..
bukan untuk tafsiran sendiri..
diperhalusi setiap isi..
agar dikenali hati ini..
biarpun tanpa jasad hakiki..
tapi tetap raja dalam diri..
apakah hati ini milik insani?..
sedang yang mencipta adalah Ilahi Rabbi..

di mana hakikat Pencipta hati?..
sedangkan dirasakan hati milik diri sendiri..
apakah sesuatu yang dicipta itu lebih tinggi?..
sedang Penciptalah yang memiliki?..
antara ciptaan dan Pencipta diri ini..
ada satu hakikat yang perlu diperhalusi..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s