Bekalan perjalanan..

bukan satu impian..
bukan satu igauan..
tetapi satu yang ditakutkan..
yang ingin dielakkan..

namun siapakah punya kuasa menentukan?..
apakah aku tahu kesudahan?..
sedang hidup ini telah ditentukan?..
di manakah nilaian ilmu dalam pengamalan?..
adakah sekadar bacaan dan tatapan?..
sedang hidup tiada arah haluan..

sedarlah!
hakikatnya, semua itu adalah kehidupan..
bukan sekadar hobi dalam kelapangan..
sedangkan kau berpengatahuan..
namun lagaknya orang hilang panduan..

susah itu sunnah perjuangan..
mujahadah itu perjalanan..
syurga itu kediaman..
keindahannya menjadi impian..
tetapi apakah mahar dan hantaran?..

kau ingin segala keindahan..
hidup bagai indah pelangi selepas hujan..
tetapi kau takut guruh sebelum hujan..
apakah ada pelangi tanpa hujan?..

sedarlah diri yang dilekakan!..
jangan lagi berangan-angan!..
di hadapan terbentang dua jalan..
dan kedua-duanya adalah pilihan..
di tanganmulah segala keputusan..

andai indah pelangi yang diharapkan..
lalikan dirimu dengan keperitan..
sakit di hati, pedih perasaan..
segalanya hilang tatkala hari kemenangan..

ingatkah lagi keperitan dan kesakitan?..
setelah kau dicelup sebentar dalam syurga idaman?..
masih punah dan hancurkan hati insan?..
sedang bidadari muncul di kediaman?..

mu’ahadah (mengingat semula janji) itu bekalan..
kerna insan telah dijanjikan..
tiada yang lebih ditepati selain yang dijanjikan..
kerna yang berjanji itu Tuhan seluruh alam jadian..

tetaplah kamu atas perjuangan..
biar pedih dan perit dihadapkan..
hatta di depan mata ia dipertontonkan..
kelak ada satu yang kau gembirakan..
nantikanlah hari kemenangan..
janji buat insan beriman..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s