Peringatan buat para pendakwah..

– diambil daripada laman web ISMA Kedah dalam artikel bertajuk Peringatan Buat Para Pendakwah

Dari Abu Zaid iaitu Usamah Bin Zaid Bin Harithah radhi-Allahu ‘anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Akan didatangkan seorang lelaki pada hari Qiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya kemudian dia berpusing seperti berpusingnya seekor kaldai di tempat penggilingan gandum.

Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya sambil berkata padanya: “Hai Fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu engkau menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran?”

Lalu orang itu menjawab: “Ya benar. Dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya.”

(Muttafaq ‘alaih)

Hadith ini merupakan peringatan yang sangat menggerunkan buat para da’ie yang mengajak manusia kepada Islam. Dalam pada kita berdakwah kepada manusia, mengajak mereka kepada kalimah tauhid. Jangan dilupakan diri kita, perbaikilah diri kita dahulu sebelum kita menyeru teman-teman yang lain.

Berapa ramai antara kita yang ketika mana mengendalikan usrah berpesan pada anak-anak buah agar berpuasa dan qiamullail, akan tetapi, amat malang dalam realiti kehidupan sehari-hari, puasa dan qiamullail itu sangat jauh dari diri. Berapa ramai antara kita yang menyeru kepada meninggalkan jahiliah secara total, akan tetapi di rumah membiarkan maksiat berleluasa dan tiada suasana Islam di rumahnya. Berapa ramai antara kita yang masih menyeru kepada Islam secara keseluruhannya, tapi masih beriltizam dengan pinjaman berasaskan riba melalui kad kredit, insuran dan pinjaman-pinjaman yang lain.

Dakwah ini adalah dakwah realiti. Ada pepatah mengatakan, “If you want to deliver the message, be the message!”. Mulakan dengan diri kita dahulu, kemudian ajaklah orang lain. Amat benarlah kalimah dakwah yang dipelajari ketika awal-awal dahulu, “Islah nafsaka, wad’u ghairuka”.

– diambil daripada laman web ISMA Kedah dalam artikel bertajuk Peringatan Buat Para Pendakwah –

Advertisements
4 comments
  1. slm ziarah

  2. shah said:

    slm.hmm,hadith 1st ttg pendakwah td tu sering kte tlepas pndg..huu.smoge kte ble saling ingt mngingatkn n beramal dgn penoh ikhlas..

  3. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    semoga persinggahan memberi manfaat.. amin..

  4. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

    sangat benar.. sering dilepas pandang.. malahan ayat-ayat Quran yang membawa tema yang serupa juga sering kita lupakan..

    “Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?”

    (Surah al-Baqarah [2]:44)

    “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

    (Surah as-Shoff [61]:2-3)

    semoga segala apa yang dituliskan dapat kita terjemahkan dalam amalan.. amin..

    semoga gerak kerja tangan yang menulis ini, akan lebih pantas untuk beramal daripada sekadar menulis kata-kata yang dituturkan dari lidah.. amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: