ku tundukkan wajah.. menyembunyikan kehangatan indah..

lama sungguh tidak menulis seperti ini..

tapi hari ini rasa ingin meninggalkan sesuatu.. supaya terasa disambut oleh sekalian ikhwah di bumi subur ini..

setelah hampir 2 tahun dididik dan dihidupkan dengan kasih sayang disini.. terpancar sinaran kemesraan.. terlihat pada raut wajah senyuman.. lahir rona kegembiraan dalam perjumpaan.. kehangatan dalam pelukan.. tumpahan air mata ditadahkan.. kisah duka dikongsikan.. segalanya bagai dalam kebersamaan.. sedangkan setiap satu mereka punyai perwatakan berlainan.. indahnya suasana persaudaraan..

akan ku kutip beberapa tulisan hati.. lahir dari hati.. terus menusup ke dalam hati.. semuanya oleh saudara-saudaraku yang terikat atas dasar hati.. hati yang menuju kepada Ilahi Rabbi.. semoga Allah merahmati kalian semuanya..

walaupun tidak semua saudaraku menulis.. namun kasih sayang mereka telah ku rasakan bersama.. semoga semuanya berada di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan selain naungan daripadaNya.. semuanya kerana kasih dan sayang atas dasar aqidah dan keimanan.. semata-mata kerna Rabbul ‘alamin.. Tuhan yang mencipta kasih sayang.. Tuhan yang penuh dengan cinta..

nukilan hati sahabatku..

Akhi Ikhwah

… My friends here are my closest siblings. Beat me and they’ll beat you. Is it clear?

Ayat di atas ialah sebahagian daripada pengenalan diri aku yang aku letak dalam blog ini.

Dalam universiti tarbiyyah ini, banyak bangunan aku pergi setiap hari. Merata-rata lorong aku lalui. Macam-macam orang yang aku jumpa, sama ada penuntut baru, mahupun penuntut lama. Mungkin peranan aku dalam universiti ini sudah lain berbanding tahun lepas, tetapi ada satu benda yang sentiasa sama-sama wujud, bahkan lebih terkesan auranya.

Kelas malam hari Jumaat atau Sabtu, aku akan bersama-sama tiga orang akh. Siangnya pula bertambah lagi empat. Di rumah, dua daripadanya setiap masa ada, belum lagi termasuk dua orang lagi. Di rumah sebelah sana ada lagi seorang, Berdekatan bandar ada lagi dua orang. Di kampung itu pula tiga orang lagi ada juga. Rumah aku yang lama? Ada dua orang lagi.

Mundar-mandir, pergi-balik, ulang-alik, pasti muka-muka ini yang aku jumpa. Hati-hati masing-masing, dengan izin Allah, semakin rapat dan bersatu. Hampir setiap masa, kami sentiasa berkongsi cerita sedih dan duka. Jarang sekali kisah gembira yang diungkapkan. Tautan antara satu sama lain semakin kuat, hampir tiada rahsia lagi antara kami semua.

Seolah-olah anggota-anggota yang membentuk satu badan, kalau si kaki kanan sakit, si kaki kiri pasti bergerak-gerak sama, sang kepala tak jemu-jemu membawa mata menjenguk apa yang sakit. Kedua-dua tangan rajin mengurut-urut tempat yang sakit. Saling merasa, saling menanggung.

Balasan emel daripada seorang sahabat:
“Jzkk akhi.
Moga allah mudahkan urusan kecil kita ini utk kemudahan urusan yg lebih aula’
Ya Allah,Bantulah kami semua..amin.”

Dua orang yang sebaya belum tentu menjadi kawan baik.
Dua orang yang sama course belum tentu menjadi kawan baik.
Dua orang yang ada minat yang sama elum tentu menjadi kawan yang baik.
Dua orang yang bermusafir bersama-sama belum tentu menjadi kawan baik.
Dua orang yang tinggal sebilik dalam satu rumah belum tentu menjadi kawan baik.

Setuju?

Hanya ini yang mampu aku banggakan kerana kami mengenali, merasai dan telah pun bersedia menanggung beban yang sekian lama sudah ada. Kami tahu kami bukan dari golongan yang menunggu Islam ditinggikan, tetapi kamilah kelompok kecil yang membantu meninggikan semula Islam.

Cemburu?

Bilakah lagi anta hendak minta nasyid daripada ana?
Bilakah lagi anta hendak ajak ana datang rumah anta?
Bilakah lagi anta hendak berasa jemu untuk ambilkan nota-nota kuliah untuk ana?
Bilakah lagi anta hendak berkongsi kisah zaman persekolahan anta lagi?
Bilakah lagi anta hendak mengajuk kata-kata ana lagi?
Bilakah lagi anta hendak marah-marah semasa mengejutkan ana untuk bersolat?
Bilakah lagi anta hendak cuba merungkai permasalahan ana?
Bilakah lagi anta hendak memuji-muji ana dan diri anta sendiri?
Bilakah lagi anta hendak memberi SMS kepada ana malam-malam?
Bilakah lagi anta hendak masakkan makanan yang pedas-pedas?
Bilakah lagi anta hendak menjilat gigit jari ana lagi?
Bilakah lagi anta hendak mengelak daripada ana memegang hidung anta?
Bilakah lagi anta hendak memberi komen not-not cinta kepada ana?
Bilakah lagi anta hendak memberi nasihat-nasihat pelik kepada ana?
Bilakah lagi anta hendak membantu ana dalam sesi praktikal?
Bilakah lagi anta hendak memberi senyuman unik itu?

Ya Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya,
satukanlah hati-hati ini sebagaimana kau satukan hati-hati Kekasih-Mu dengan para sahabat baginda.

Uhibbukum Fillah.
Allahumma Najihna Fil Imtihan.

Semoga tsabat duhai ikhwahku.
Semoga tali-tali yang bergetar dan menghasilkan bunyi masih utuh dan kukuh memainkan not-not cinta-Nya.

dan nukilan hati sahabatku dan murabbi ini..

ada cerita, cinta dan cita-cita di dunia ini yang sangat berharga

sehingga di akhirat nanti

nabi dan syuhada’ cemburu pada mereka yang memilikinya*

Di Wajahmu Ku Lihat Bulan

sebuah dedikasi istimewa

untuk semua sahabat yang akan memulakan mujahadah peperiksaan akhir 2008

Salam Mujahadah, Moga Allah mempermudah semua urusan

“..bukan kamu yang melempar, ketika kamu melempar, tetapi Allah lah yang melempar..” (al anfal:17)

* manifestasi hadith riwayat Abu Daud, dari Umar Al Khattab tentang golongan manusia yang dicemburi nabi dan syuhada’ kerana keikhlasan cinta mereka

serta nukilan hati sahabat ini..

sahabat…

kau selalu bermain denganku di waktu kecilku,

sering ku teringat kau sering buatku terkedu,

sebentar kau mengalah, kemudian aku,

akhirnya kau dan aku mengadu pada ibu,

namun bila hari berlalu kau dan aku kembali bersatu.

sahabat..

kau kini bukan sepeti dulu yang kukenal,

bila kutegur kau menoleh dengan nakal,

aku tahu kau tak bermaksud untuk menyangkal,

tapi sedarkahkau diri ini mudah rasa tertinggal,

akibat rindukan kasihmu yang kekal..

sahabat..

kutahu diri ini tidak sehebatmu dalam berkata,

namun aku hanya mahu berkongsi isi hati dan mata,

mahu kau dan aku sama mengecapi erti suatu kata,

buat kita berdua dari rasul tercinta

katanya kita umpama badan satu anggota,

sahabat..

aku tidak sanggup lagi melihatmu bersedih,

apatah lagi menangisi luka hati yang merintih,

ayuh sama kita bangkit semula bertatih,

melalui ujian hidup yang perlu sedia dilatih,

agar lebih tabah dan bertambah gigih,

kembali mengenal akidah yang suci lagi putih.

dan sederetan nukilan hati sahabatku ini.. setiap penulisannya seperti penuh sarat dengan cinta dan kasih sayang.. tak perlu ku hadirkan di sini.. kerana setiap satunya dirasai..

ya ikhwati..

tidaklah aku seperti kalian.. pandai bermadah bicara.. cuma satu dapat ku luahkan.. terima kasih atas kasih sayang kalian.. semoga ini bukan pengakhiran.. amin..

tiadalah aku pandai bermain kata.. namun ingin juga ku sampaikan perasaan di dada.. moga kalimah yang dipinjam sementara.. mampu melahirkan perasaan jiwa.. semoga ia selamat tiba.. tiba kepada kalian bersama air mata.. kehangatan air mata.. hasil tangunggan kita bersama..

andaikanlah setiap bait kata ini.. kalimah daku pada kalian semua..

andai bisa ku balas dengan air mata.. pasti kalian akan lihat ia di hujung mata.. mengalir menuju ke setiap arah.. mencari kalian untuk menadah..

semoga terus dalam jiddiyyah.. doakan ku.. doakan kejayaan bersama.. amin..

jazakumullahu khairan kathira ya ikhwati..

uhibbukum fillah..

4 comments
  1. fakulito said:

    satu perjuangan
    satu arah tujuan
    di bawah rahmat Yang Esa
    kita melangkah seiringan
    satu perjuangan …

    uhibbukum fillah

  2. ibnattermizi said:

    lots of love,

    ibn at-termizi

  3. musafir said:

    setuju.

    lots of love.

    above all, it’s because of Allah..
    .. being loved according to the way of Rasulullah’s and his companions..

    atas satu perjuangan..
    ..yang ditanggung bersama.

    doakan.

  4. FaisaL said:

    uhibbukum fillah ya ikhwati..

    semoga terus tsabat.. amin..

    doakan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: