Penat memberitahu diriku..

mengatakan sesuatu..
tidak akan sama dengan merasai sesuatu..
namun tidak semua faham begitu..
manusia punya sifat-sifat tertentu..
pasti ada perbezaan antara tiap individu..
tetapi manusia diminta untuk bersatu..
maka ke arah itulah kita tuju..

ini ingatan buat diriku..
janganlah cepat menilai sesuatu..
tanpa cuba meneliti dahulu..
fahami hakikat perasaan itu..
selami keadaan jiwa seseorang itu..
kenali perwatakan individu..
barulah meletakkan nilaian tertentu..
walaupun sebegitu..
bukanlah untuk dibentangkan sejurus itu..
walaupun ia perlu diberitahu..
namun ada cara-cara tertentu..
berhikmahlah dalam penyampaian itu..
tidak sama bagi setiap individu..
bukankah kita dituntut begitu?..

maafkan ku andai dangkal dalam bicaraku..
aku hanya insan faqir di hadapan Rabbku..
malah rendah pada pandanganmu..
tiadalah aku sesempurna dirimu..
namun tujuanku hanya satu..
dan aku tahu..
kita semua tahu..
malah seluruh bahtera menuju ke situ..

mungkin ramai yang tidak setuju..
penat sudah aku bicara dengan diriku..
moga-moga hati ini diam membisu..
biarlah tohmahan seperti hujan batu..
hakikatnya memang aku tidak layak di situ..
maafkan kekurangan diriku..

Advertisements

3 thoughts on “Penat memberitahu diriku..

  1. Salam…

    sahabat..kekurangan bukanlah yg melemahkan diri..
    tapi yg bantu memperteguh diri..
    bukankah kesilapan itu satu makhluk yg memberi pengalaman…
    macam mana makhluk itu kita perlakukan…
    macam itulah kita akan diperlakukan…

    sahabat.. aku setuju dgn perbezaan sifat yg dikurniakan..
    baru kusedar indahnya perbezaan ini jika dibetulgunakan
    Islam telah menggariskan ‘key’ yang terpenting..
    berbaik sangka seperti yg kau coretkan pada halaman yg baru.
    boleh kuumpamakan ‘key’ tersebut seperti simen2
    yg mengukuhkan bata2 yg berbagai bentuk…
    yg akhirnya membentuk bangunan yg indah lagi sempurna..

    benarlah kata2nya…

    sesungguhnya Allah cinta kepada mereka yg berjuang keranaNya dalam barisan yg teratur seperti satu bangunan yg kukuh ( As-Saff: 4 )

  2. Salam…

  3. wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..

    jazakAllahu khairan kathira untuk perkongisan..

    semoga tangan ini lebih laju beramal dari menulis.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s