Puas sudah tertipu..

letih sudah aku menipu..
hakikatnya tiada yang tertipu..
sedangkan aku yang letih dan jemu..

kepada siapa kau hendak menipu?..
sedangkan Dia mengetahui tiap isi hatimu..
malah semuanya tercatat dalam buku..

sedarlah wahai diriku..
sebenarnya kau yang tertipu..
tertipu oleh bayangmu..

inilah kerjasama yang padu..
antara syaitan dan nafsu..
untuk menjahanamkan dirimu..

tiap kali kau menilai sesuatu..
mereka bisikkan pada dirimu..
terlihat indah pada pandanganmu..

akhirnya semuanya memakan dirimu..
hari ini kau rasa tertipu..
walhal siapa yang menipu?..

bangkitlah dari tidurmu..
usahlah kau layankan nafsu..
hakikatnya kau sendiri yang tertipu..

justifikasi hanya mainan kalbu..
andai kau teguh atas kepercayaanmu..
pasti kau kan lihat cahaya menerangimu..

keluarlah dari kepompong yang membelenggu..
tinggalkan kegelapan dulu..
menuju kepada cahaya baru..

semoga kau kan ketemu..
jalan yang satu..
menuju kepada Tuhanmu..

amin..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s