Perkongsian mutiara hati..

sedih hati ini bukan untuk dikongsi..
hakikatnya ia perlu dilalui..
walaupun berseorangan diri..

mungkin aku sudah terlalu lama menyendiri..
terlupa hakikat hidup ini..
terlalu leka dengan duniawi..
sehingga lupa hakikat Ilahi Rabbi..

mungkin ini pangilan kembali..
kembali untuk merendahkan hati..
merintih dan merayu pada Ilahi..

teringat lagi..
kata-kata insan mulia pada pandangan ini..
menjadi penyegar hati..
dalam waktu begini..

kata mutiara hati..
kadangkala kita minta bunga segar mewangi..
namun diberikan kaktus berduri..
kadangkala kita minta rama-rama indah menari..
namun hanya ulat bulu yang diberi..

lalu sedih dan kecewalah hati..
kita lupa Dia Maha Mengetahui..
Dia Maha Mengasihani..

tanpa kita sedari..
kaktus berduri berbunga indah sekali..
ulat bulu berubah terbang meninggi..
menjadi rama-rama idaman hati..

Itulah tarbiyah dari Ilahi..
mendidik dengan waktu yang diberi..
Dia tidak memberi apa yang kita hajati..
tetapi Dia kurniakan apa yang perlu oleh diri ini..

kadangkala kita sedih dan kecewa dalam hati..
namun jauh dari pengetahuan diri ini..
Dia telah mengaturkan segalanya untuk diri ini..

semoga aku masih mampu mengukir senyuman di esok hari..
amin..

Advertisements

4 thoughts on “Perkongsian mutiara hati..

  1. keredhaan itu satu kemestian dalam menghadapi ketentuan
    ada benda yg dirasa baik namun x baik bg kita
    dan ada benda dirasakan x baik namun sebenarnya baik bg diri kita
    -rujuk al Baqarah 216

  2. jazakAllahu khairan kathira untuk peringatan.. ayat yang sangat mendalam.. dan sangat besar isinya.. namun, manusia selalu melupakannya..

    semoga dapat dihayati dengan benar-benar penghayatan.. andai dapat dihayati sebenar-benarnya.. pasti tidak ada ragu-ragu yang menuju ke arah kemungkaran.. yang tinggal pasti takut dan harap yang disandarkan pada Ilahi Rabbi..

    semoga dikurniakan penghayatan yang sebenar terhadap kalamullah, al-Quranul karim.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s