Hitam masa silam..

pernah suatu masa aku melalui..
satu fasa kejahilan diri..
satu masa silam yang ingin dijauhi..
namun kadang datang menghantui..
telah lama ku tinggalkan ini..
walaupun berkali-kali membisik pada diri..
aku tetap menguatkan diri..
berbekalkan segala motivasi..
sehingga syurga yang tinggi..
melangkah membawa diri..
sedih dan pedih bagai telah lali..
hari-hari bermain dengan emosi..
hidup menagih simpati..
kadang rasa ingin mati..
jauh sekali dari agama Ilahi..
hakikat Islam pudar dari diri..
malah kabur dalam pandangan ini..
langsung tidak terbayang keindahan yang suci..
yang ada semuanya duniawi..
setiap perbuatan atas nafsu dalam diri..
perubahan hanyalah kerna insani..
langsung tidak wujud kalimah Ilahi..
hanya keindahan palsu menghias diri..
hidup dalam kegelapan duniawi..
mengejar sesuatu yang tidak pasti..
terpedaya dalam kepalsuan hati..

dan hari ini terpancar sinar suci..
apakah aku masih ingin leka sendiri?..
apakah akan ada lagi cahaya ini?..
mungkinkah akan ada esok hari?..
apakah cuma kali ini?..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s