Antara perkataan dan perbuatan..

seharusnya ini menambah kecintaan..
namun hakikat yang telah dilakukan..
jauh sekali dari kecintaan..
malah mengundang kemurkaan..
apakah kau fikir kau akan diberi bantuan?..
sedangkan kau melanggar arahan..
harapan yang hilang dalam kejauhan!..
malah tidak akan wujud atom penyatuan..
kerna harapan itu atas dasar pertentangan..
kau mengharapakan kebaikan..
tetapi kau bermodalkan keingkaran..
perniagaan apa yang kau dagangkan?..

mustahil wujud dalam satu keadaan..
perasaan kecintaan bersama ketakutan..
hanya Dia layak diberikan..
kecintaan bersama ketakutan..
barulah hadir perasaan berTuhan..
barulah lahir pengharapan..
lalu terlahirlah rintihan dan permintaan..
namun ia didahului dengan kecintaan..

namun menjadi persoalan..
apakah ini hanya perkataan?..
apakah semuanya terjelma dalam perbuatan?..
atau hanya istilah dalam kehidupan?..
sekarang wajarkah aku diberi bantuan?..

Allahu Rabbi..
tiada tempat lain aku meminta bantuan..
sesungguhnya aku menagih pertolongan..
Kau mengetahui setiap rintihan..
samada aku zahirkan..
atau aku sembunyikan..
janganlah aku ditinggalkan sendirian..
walaupun sesaat dalam kehidupan..
kerna aku tidak bisa membuat keputusan..
melainkan dengan rahmatMu, oh Tuhan..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s