Ulama’ pewaris nabi..

ulama’ perwaris nabi
beribadah banyak sekali
akhlaq baiknya ketara sekali
dia jadi bunga diri

pemurahnya laksana air yang deras
tawaddu’nya menyejukkan hati
kasih sayang nampak diwajahnya
dia hidup sederhana

dia bercakap dari hati
bukan dari hobinya sendiri
bukan kerana pangkat yang rasmi
bukan kerana jawatan yang tinggi

dia menasihati manusia yang di atas dan di bawah
yang berkuasa dan rakyat jelata
kasihan kepada yang jahil
ingin mendekati untuk dibaiki
dia marah tidak ketara
beraninya luar biasa kepada sesiapa sahaja

diri keluarga contoh masyarakat
pimpinannya kepada ummat
mengingatkan tipu daya dunia
cintakan kepada akhirat

berfatwa sungguh berhati-hati
memfitnah jauh sekali
dihormati oleh semua
segenap lapisan masyarakat
kecuali yang hasad dengki
dan munafik di zaman ini
ia ditakuti yang punya cemeti
kerana cakapnya diikuti

Advertisements

2 thoughts on “Ulama’ pewaris nabi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s