Harapan abangmu..

ribuan batu hilang..
di seberang lautan..
seharian perjalanan..
selamat pendaratan..
kesyukuran dirafa’kan..

walau jarak memisahkan..
tetap dalam perjuangan..
pergimu masih kuingatkan..
walau bukan ku menghantarkan..
ia tetap dalam ingatan..

tidak sempat ku ucapkan..
walau ingin ku sampaikan..
kini engkau di perantauan..
bukanlah engkau sendirian..
kami bersama dalam perjuangan..

walau tidak dapat dilafazkan..
namun selalu ku doakan..
agar kau tetap dalam perjuangan..
kerna padaku itulah jalan..
menuju ke syurga impian..

segenap perjalanan..
ingin ku kongsikan..
walau di bumi keberkatan..
tetap amalan diperhitungkan..
teruskanlah perjuangan..

di bumi yang dimuliakan..
ku pasti kau kan ke depan..
ku mengharapkan teman..
menemani perjuangan..
ku pasti engkaulah teman..

teruskanlah perjuangan..
kerna ku dambakan pertemuan..
bertemu atas satu jalan..
bersama menuju kemenangan..
menegakkan kebenaran..

semoga tetap berjuang..
walau di negeri orang..
sungguh kau diberi peluang..
hidup di bumi bersejarah panjang..
salam mujahadah buat pejuang..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s