Rintihan..

wahai ummah dengarlah rintihan ini
kami di sini tak tertahan lagi
ummat islam ditindas dan disiksa
oleh kuffar durjana celaka

kering sudah air mata mengalir
darah merah tumpah membasah
bedilan peluru jeritan dan tangisan
menjadi irama dan lagu

diriku tiada mak ayah tercinta
tangisan anak menjadi biasa
darah hanyir mengalir melata
jasad rebah di mana-mana

dulu bumiku indah menawan
tapi kini sudah ditawan
oleh insan berhati syaitan
musnah segala keindahan

hidupku kini di dalam penjara
azabnya tiada terkira
seperti binatang aku diperlakukan
tiada kasih sesama manusia

tolong kawan tolonglah saudara
selamatkan kami dari sengsara
bantuanmu kami perlukan
dalam berhadapan kuffar celaka

Advertisements

6 thoughts on “Rintihan..

  1. sama-sama.. hhmm.. nak mendownload nasyid ni.. ada blog dedicated untuk download nasyid.. tapi.. agak complicated cara nak mendownloadnya.. kena tahu baru boleh buat.. tapi kalau sekadar nak mendownload nasyid Rintihan oleh Shountun Nahdhah ni.. ada saya dah uploadkan dalam widget box.net saya di sebelah kanan.. ada dekat bawah links, dan atas archive.. insyaAllah semua nasyid yang saya tuliskan dalam blog ini.. yang mana saya ada mp3nya.. saya akan upload dekat sini.. kebanyakan nasyid yang saya tuliskan lirik tu, nasyid-nasyid yang saya dengar.. jadi, insyaAllah ada mp3nya..

    semoga bermanfaat.. amin..

  2. dan sekarang Iraq masih berperang..

    semoga lagu ini bukan kita dendangkan sahaja, tetapi kita berusaha untuk membantu mereka.. insyaAllah..

    semoga terus berjuang dengan ruang dan peluang yang ada. amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s