Memahami krisis ekonomi dunia.. siri 3..

– diambil daripada laman web Dakwah.Info dalam artikel bertajuk Kapitalisme Yang Gagal

Tak dapat di sangkal lagi, memang kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang kini tengah berjaya di tingkat global terutama setelah momentum hancurnya sosialisme di awal 1990-an. Hampir seluruh negara di dunia, menerapkan sistem kapitalisme dengan pelbagai penyesuaian. Ramai yang memandang keutuhan dan kebaikan yang yang ada pada sistem ini, hinggakan negara-negara Islam pun tidak lepas daripada mengamalkannya. Sesetengah beranggapan kapitalisme mampu memberikan kesejahteraan. Tetapi krisis ekonomi global baru-baru ini telah membuka mata ramai manusia akan ketidakstabilan kapitalisme.

Namun para pemuja fanatik kapitalisme lupa untuk menyoal, siapa yang menikmati kesejahteraan itu. Sebahagian besarnya hanya dinikmati negara-negara penjajah kaya. Ertinya, kapitalisme telah gagal secara total dalam pembahagian pendapatan global. Pada tahun 1960, 20% penduduk dunia terkaya menikmati 75% pendapatan dunia; sedang 20% penduduk termiskin hanya menerima 2-3% pendapatan dunia. Pada tahun 1997 ketempangan global itu bukannya makin berkurangan tapi makin parah. Sebanyak 20 % penduduk terkaya itu menikmati pendapatan global makin banyak, yakni 80%. Sedang 20% penduduk termiskin menerima pendapatan global makin sedikit, yakni menjadi 1% saja (Spilanne, 2003).

Tak hanya gagal dalam pembahagian kekayaan, kapitalisme sesungguhnya saat ini tengah meluncur menuju jurang kehancuran. Tanda-tanda kerapuhan kapitalisme makin terlihat. Harry Shutt dalam bukunya Runtuhnya Kapitalisme (2005) menyebutkan bahwa kapitalisme kini sedang mengalami “gejala-gejala utama kegagalan secara sistemik”. Misalnya, semakin lesunya pertumbuhan ekonomi dan semakin seringnya krisis kewangan.

Krisis kewangan global yang terjadi hingga detik ini belum menunjukkan tanda-tanda reda. Krisis yang dipicu oleh kredit macet di bidang properti (subprime mortgage) di AS itu kini menjalar ke mana-mana. Korban pertama dari kekacauan kredit tersebut adalah dua hedge fund (pengelola dana investment) yang dikelola oleh Bear Stearns. Perusahaan tersebut kerugian pada July 2007. Disusuli kemudiannya dengan jatuhnya Morgan Stanley pada November 2007, dan meruginya bank-bank global bernilai 55 juta dolar AS. Sekalipun perusahaan milik Uni Emirat Arab telah menyuntik 9.5 juta dolar AS ke Citigroup, namun tetap tidak mampu menyelamatkan keadaan. Tidak hanya itu, Cina pun menyuntik 5 juta dolar AS ke Morgan Stanley, termasuk Temasek Holding Singapura juga melakukan hal yang sama ke Merrill Lynch. Bahkan hutang-hutang bermasalah itu sudah dihapus oleh bank-bank global (seperti Citigroup, UBS dan HSBC), yang nilainya mencapai 300 juta dolar AS, pada Januari-Februari 2008.

Melihat fenomena-fenomena yang tragis tersebut, maka tidak menghairankan apabila sejumlah pakar ekonomi terkemuka, mengkritik dan meragui kemampuan ekonomi kapitalisme dalam mewujudkan kemakmuran ekonomi di muka bumi ini. Bahkan cukup banyak komentar yang menyebutkan bahawa kapitalisme telah gagal sebagai sistem dan model ekonomi.

Contoh Perbandingan Sistem Islam

Kapitalis menggunakan Fiat money (mata wang kertas) adalah wang kertas yang secara legal diakui pemerintah melalui perintah sebagai wang rasmi, tapi tidak disandarkan kepada logam seperti emas dan perak.

Wang kertas itulah yang sekarang digunakan oleh negara-negara kapitalis seperti Amerika Serikat. Sejak berakhirnya sistem Bretton Woods yang mengaitkan dolar dengan emas (1 ounce/28,35 gram emas = 35 dolar AS) pada tahun 1970-an, dolar AS tidak disandar lagi dengan emas dan dapat berlaku hanya kerana kepercayaan (trust) orang pada dolar. Seiring dengan dominasi kapitalisme AS, mata wang dolar kini menjadi salah satu mata wang kuat (hard currency) dunia yang digunakan sebagai standard nilai dan alat pembayaran dalam perdagangan internasional.

Sistem wang kertas ini merupakan salah satu akar kerapuhan kapitalisme. Betapa tidak, sebab bila dibandingkan dengan mata wang Islam (dinar dan dirham), wang kertas sesungguhnya mempunyai kelemahan mendasar, antara lain selalu terkena inflasi jangka panjang (Hamidi, 2007). Di samping itu wang kertas jauh dari nilai keadilan (fairness) lantaran nilai intrinsiknya tidak sama dengan nilai nominalnya.

Mengenai inflasi tetap, perhatikan ilustrasi berikut. Misalan anda meminjamkan wang kepada teman anda tahun ini dengan nilai RM 100 juta. Teman Anda akan mengembalikan sejumlah RM 100 juta juga tapi 10 tahun lagi. Samakah nilai RM 100 juta, dengan RM 100 juta untuk 10 tahun lagi? Jelas tidak sama, kerana wang kertas ini akan mengalami depresiasi (penurunan nilai) kerana inflasi tetap. Inilah kelemahan mendasar wang kertas.

Mata wang Islam (dinar dan dirham) berbeza dengan mata wang kapitalisme. Dinar dan dirham terbukti dalam sejarah sangat kecil sekali inflasinya. Di masa Rasulullah SAW dengan wang 1 dinar (4,25 gram emas) orang dapat membeli seekor kambing, dan dengan wang 1 dirham (2,975 gram perak) dapat dibeli seekor ayam. Pada masa sekarang ini di tahun 2007, dengan wang yang senilai 1 dinar orang masih dapat membeli seekor kambing. Dengan wang senilai 1 dirham orang sekarang masih dapat membeli seekor ayam. Luar biasa, bukan?

Momentum ini seharusnya menyedarkan kita, bahawa hanya Islamlah satu-satunya jalan yang boleh menyelamatkan dunia. Sistem Islam yang diturunkan Allah merupakan satu-satunya deen yang diredhoi dan bersesuaian dengan keperluan manusia sejagat. Sesuai dengan banyak firman Allah, yang mengatakan bahawa ‘deen yang di redhoi adalah Islam’, ‘rahmatan lil alamin’ dan banyak lagi.

Ayuh, runtuhkan Jahiliyyah, tegakkan syariat Islam

– diambil daripada laman web Dakwah.Info dalam artikel bertajuk Kapitalisme Yang Gagal –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: