Memahami krisis ekonomi dunia.. siri 2..

– diambil daripada laman web ISMA dalam artikel bertajuk Krisis Kewangan di Wall Street

Hanya 3 minggu yang lepas tidak ada manusia di atas muka bumi ini boleh menjangka bahawa sistem kewangan yang dibina oleh Amerika yang berpusat di Wall Street akan jatuh berkecai hanya menunggu saat untuk dikebumikan. Sistem kewangan yang di anggap kukuh akhirnya berkecai di sebabkan kerakusan manusia untuk membuat keuntungan berlipat ganda.

Ini semua bermula apabila peminjam wang perumahan di Amerika gagal untuk membayar hutang mereka yang menyebabkan bank kekurangan duit untuk meneruskan perniagaan. Ini berpunca apabila bank memberikan pinjaman secara membabi buta tanpa mengira kemampuan peminjam-peminjam semata-mata untuk merekodkan keuntungan yang banyak. Akhirnya semua institusi kewangan yang berkaitan seperti syarikat insuran, pelabur-pelabur kepada bank pelaburan, penjamin-penjamin pinjaman mengalami kerugian berbillion ringgit. Dalam keadaan bank yang menghadapi kerugian yang besar ini maka pelabur-pelabur mula menjual saham secara mendadak yang mneyebabkan saham-saham bank jatuh merudum. Ini telah menyebabkan :-

– Lehman Brothers Holdings, sebuah bank pelaburan keempat terbesar dan berusia 158 tahun, telah jatuh bankrap.

– Merrill Lynch, juga sebuah bank pelaburan yang besar, terus lenyap apabila terpaksa meminta Bank Amerika membeli sahamnya 

– AIG, sebuah syarikat insuran terbesar di Amerika terpaksa diambil alih oleh kerajaan disebabkan kekurangan kecairan. 

– Bank-bank besar di Eropah seperti Standard Chartered, HSBC, Barclays, Royal Bank of Scotland di UK dan beberapa bank besar di Italy, Jerman, Holland, Sepanyol terpaksa di”bail-out” oleh kerajaan masing-masing.

Kesannya :-

1. Peramal politik menjangkakan dengan berlakunya krisis kewangan ini peluang Barack Obama untuk memenangi pilihanraya semakin meningkat. Kalau dahulu Obama di anggar mendahului sekitar 51:49 dengan John McCain tetapi kini peratus itu telah meningkat kepada 80% untuk Obama dan McCain hanya 20%. Ini di sebabkan ketidak yakinan penduduk Amerika terhadap polisi yang di bawa oleh Republikan (parti Bush dan McCain). 

2. International Monetary Fund (IMF) menjangkakan sistem perbankan seluruh dunia memerlukan RM2.3 trillion untuk menampung kewangan di bank disebabkan, apa yang diistilahkan sebagai ”toxic debt”. Penganalisis kewangan Christopher Wood menjangka jumlah kerugian yang akan dialami oleh seluruh dunia ialah RM 5 trillion. IMF malah menggesa negara di seluruh dunia bersatu untuk membantu memulihkan sistem kewangan sekarang. Ini telah menggerakkan menteri-menteri kewangan di Eropah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berjanji untuk membeli hutang-hutang yang toxic ini dari bank. Eropah sendiri dijangka akan memasukkan (inject) sejumlah RM2 trillion. Ada setengah penganalisis menjangka ia akan mengambil 50 tahun untuk recover.

Singapura telah mengumumkan bahawa negara berkenaan sekarang sudah berada dalam keadaan recession. Malaysia terpaksa membuat kenyataan bahawa keadaan perbankan negara masih kukuh. Dalam keadaan terdesak Presiden Filipina kemudiannya telah mendakwa negara Asean bersetuju untuk menampung kekurang kewangan ini bersama walaupun kenyataan ini dipersoal oleh negara-negara Asean lain. 

3. Campur tangan politik di dalam sistem perbankan dianggap antara punca besar berlakunya krisis ini. Ini berdasarkan kepada jumlah pelaburan yang dibuat oleh Lehman Brothers sejumlah RM600 billion berbanding dengan modalnya yang hanya sejumlah RM30 billion. Ertinya Lehman Brothers telah menggunakan seluruh duit pendeposit dari seluruh bank di serata dunia kepadanya untuk membuat pelaburan tanpa ada institusi kawalan yang memantau. Ini menyebabkan ia berada dalam situasi ”over trading”. 

Campur tangan politik juga telah berlaku di dalam sistem perakaunan apabila pihak berkuasa di Amerika membenarkan bank-bank tidak mengambil harga semasa (market value) dalam menilai pelaburan. Jika sekiranya ia diambil kira maka dijangka kerugian yang ditanggung oleh bank-bank di Amerika akan bertambah lagi.

4. Ada juga teori di mana dengan kegawatan krisis ini mungkin saja Amerika akan memulakan kembali ”world order” dengan melancarkan serangan ke atas negara-negara islam atas asas keamanan sejagat sedang sebenarnya hanya untuk memastikan ekonomi Amerika pulih. Penaklukan ini bukan saja akan membolehkan Amerika membolot semua khazanah orang-orang islam tetapi akan menyebabkan industri pertahanan sentiasa aktif dan seterusnya menjamin pekerjaan untuk orang-orang Amerika. Persoalannya negara manakah yang akan menjadi sasaran Amerika ? Sudan ?

5. Walaupun Kerajaan Amerika inject sejumlah RM2.5 trillion bagi menyelamatkan sistem kewangan mereka, namun penganalisis menjangkakan jumlah ini tidak mampu untuk memulihkan ekonomi Amerika kerana jumlah tersebut hanya cukup sekadar menampung hutang-hutang lapuk. Ini bermakna bank-bank masih tidak mampu untuk memberi pinjaman kepada rakyat untuk meneruskan perniagaan maupun bagi mereka yang ingin membeli rumah kerana kekurangan wang. Untuk bank meneruskan operasi ia perlu meningkatkan modal pusingan dan ini hanya akan diperolehi dari pelabur luar. Malangnya pelabur-pelabur luar sudah tidak punya keyakinan lagi terhadap bank di Amerika. Jadi apa akan jadi pada bank tersebut apabila kehabisan wang? Apa akan jadi pada perniagaan jika bank tidak lagi mampu memberikan pinjaman? Jika ini berlaku maka mampukah ekonomi Amerika bertahan? Persoalan-persoalan inilah yang membingungkan penganalisis kewangan dunia.

6. Kesan-keasan lain yang timbul :-

o Kejatuhan harga minyak yang menjunam disebabkan demand yang berkurang (kini harga minyak sudah menurun kepada USD70 setong dari USD147 setong pada bulan Julai lepas). Sudah pasti ini akan menjejaskan pendapatan syarikat-syarikat pengeluar minyak termasuk Petronas. Bagaimana kalau syarikat-syarikat berkenaan telah membuat komitmen yang tinggi sebelum ini? Di mana mereka nak cari duit untuk membiayai komitmen mereka? Adakah kemungkinan akan berlaku juga pembuangan kakitangan? Bagi mereka yang bekerja di syarikat-syarikat berkenaan ini bukanlah satu berita yang baik.

o Peningkatan pengangguran yang mendadak pada negara-negara yang terlibat. Di US sejumlaah 169,000 telah hilang pekerjaan dalam masa seminggu dari tarikh kejatuhan Lehman Brothers. Jumlah keseluruhan pekerja yang dibuang pada tahun 2008 berjumlah 550,000.

o Kejatuhan pasaran saham di hampir setiap negara di seluruh dunia menyebabkan ribuan pelabur kerugian berbillion ringgit dalam masa beberapa hari sahaja. Di laporkan semua tycoon di Malaysia telah mengalami kerugian sejumlah RM75 billion. Antaranya :-

Jumlah Dalam Billion

– Robert Kuok (RM27.67)
– Lee Shin Cheng (RM10.52)
– Syed Mokhtar (RM5.17)
– Keluarga Lim Goh Tong (RM5.22)
– Yeoh Tiong Lay (RM2.15)
– Ananda Krishnan (RM1.67)
– Tan Sri Azman Hashim (RM0.83)
– Mokhzani Mahathir (RM0.45)
– Tony Fernandes (RM0.31)

Kita semua perlu ingat kemelesetan (Great Depression) yang berlaku pada tahun 1929 (yang menyebabkan beribu bank terpaksa di tututp, 25% pengangguran dan kekacauan di kebanyakkan bandar-bandar utama di dunia) bermula pada 1927 . Jadi tak mustahil jika 2008 merupakan permulaan kemelesetan global bagi tahun-tahun 2009 dan 2010. Oleh itu kita harus berhati-hati di dalam berbelanja dan pastikan kita mempunyai kewangan simpanan yang cukup untuk menampung era kemelesetan yang akan datang. Sehingga hari ini tidak ada penganalisis kewangan yang dapat menganggarkan seteruk mana dan selama mana kemelesetan ini akan berlaku. Ia banyak bergantung kepada secepat mana Amerika mampu memulihkan keadaan ekonominya kerana seluruh dunia bergantung kepada Amerika.

– diambil daripada laman web ISMA dalam artikel bertajuk Krisis Kewangan di Wall Street –

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: