Memahami krisis ekonomi dunia.. siri 1..

– diambil daripada blog Ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Memahami Krisis Ekonomi Dunia

 

Krisis boleh berlaku dalam pelbagai bidang dan cabang. Ia merupakan satu keadaan trauma, ’stress’, ketidak stabilan yang boleh berlaku kepada individu; krisis ideologi, identiti, dan personaliti. Berlaku dalam rumahtangga; kematian ibu bapa, perceraian, hilang punca pendapatan keluarga dan perebutan harta adik beradik.  Krisis dalam masyarakat; budaya individualisma, taksub, perpecahan ideologi dan budaya kuning. Krisis dalam politik; pemerintah diktator, rasuah, kezaliman, kronisma dan nepotisma. Krisis dalam ekonomi; hutang negara melebihi aset dan pendapatan, perbelanjaan mengatasi pendapatan dan harta kekayaan negara dibolot oleh pihak berkuasa.

Setiap krisis ada punca dan jalan penyelesaiannya. Ada punca asas, ada punca teknikal dan ada punca implimental.

Allah SWT menegaskan bahawa punca berlaku kemusnahan di muka bumi adalah disebabkan tangan-tangan manusia. Allah Azza wa Jalla inginkan kerahmatan, kedamaian, ketenteraman, pembangunan dan kemakmuran kepada dunia dan isinya. Lantaran itu diutuskan rasul-rasul dan diturunkan kepada manusia panduan hidup melalui rasul-rasul. Namun sebahagian manusia takbur dan mengikut bisikan syaitan dan dorongan nafsu yang menipu.

Menguruskan kekayaan ekonomi sebahagian dari tugas khalifah. Bumi dan kekayaannya adalah milik Allah dan diamanahkan kepada golongan bertakwa untuk menguruskannya. Apabila golongan bertakwa lemah dan tidak melaksanakan peranannya golongan fasik mengambil peranan menguasai dunia dan membuat kemusnahan.

Sejak kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniah dan berakhirnya perang dunia kedua Barat membahagi-bahagikan dunia Islam sesama mereka.

( Kejatuhan Khalifah Uthmaniayyah 1924 adalah kesan daripada kejayaan perancangan musuh Islam yang tidak pernah berhenti sejak zaman nabi s.a.w.. Perang terakhir (penjajahan pemikiran) berjaya menukar identiti umat Islam dan bangsanya. Semangat kebangsaan bertiup kuat dan menjadi asas sistem beraja selepasnya. Raja Mesir dengan rakyatnya, Raja Iraq, Raja Saudi, Kuwait, Qatar, Emirate Arab Bersatu, Jordan, Maghribi, sultan Brunei dan sultan-sultan Tanah Melayu..)

Barat berjaya menghimpun umat Islam disekeliling raja-rajanya dan membentuk kerajaan asobiyyah berasaskan kerajaannya. Kekayaan raja-raja Umat Islam untuk raja dan rakyatnya. Raja-raja ini ada yang berada dibawah pemerintahan raja Perancis, British dan sebagainya. Kerajaan-kerajaan Barat dikuasai oleh lobi-lobi Yahudi.

Syurga dunia Dubai.

Yahudi berjaya mewujudkan bank dunia bagi menghimpunkan duit raja-raja Islam dan diuruskan oleh mereka. Raja-raja ini pula ada yang dikahwinkan dengan gadis-gadis pintar keturunan Barat dan anak-anak kelahiran gadis-gadis Barat ini akhirnya mewarisi takhta kerajaan Islam. Ada raja-raja ini digulingkan oleh revolusi tentera yang sudah lama berada dibawah asuhan panglima tentera Barat yang hidup dalam budaya arak, perempuan dan kenikmatan dunia atau dikurangkan kuasanya melalui sistem demokrasi Barat.

Itulah ringkasan ummah dari abad ke 15 hingga kini. Kekayaan dunia Islam hanya milik Raja dan rakyatnya. Kekayaan Saudi, Kuwait, Jordan, Qatar, Bahrain, Emirate dan Brunai milik Raja dan rakyatnya. Bagaimana umat Islam lain? Bagaimana hak-hak umat manusia lain yang kelaparan…?

Krisis ekonomi dunia berpunca dari pegangan manusia kepada asas sekular, menguruskan kekayaan dunia berdasarkan kepentingan individu (kapitalisma), tidak mementingkan misi Agama untuk membawa rahmat dan kemakmuran sejagat dan kelemahan identiti manusia yang dibelengu nafsu.

Sistem riba, monopoli, penipuan, rasuah, menjual sesuatu yang tidak dimiliki (jual hutang, barang yang belum wujud, buah yang belum masak dan sesuatu perniagaan masa hadapan yang belum pasti), pengawasan dan kuatkuasa undang-undang perdagangan yang lemah dan wujudnya instrumen kewangan yang tidak jelas dan sikap pengurusan eset yang korup yang memanipulasi kelemahan sistem bagi mengaut keuntungan kepada diri sendiri; merupakan antara punca yang membawa kepada keruntuhan ekonomi dunia.

Amerika yang menggunakan wang yang berada di bank-bank di negaranya untuk kepentingan ketenteraannya. Kini hutang Amarika mencecah USD 53 trillion. Kebanyakan kewangannya digunakan untuk kos ketenteraan sejak `desert storm’ pertama 1990 hingga perang Afghanistan dan Iraq mutakhir. President Amerika membelanjakan lebih USD 200 billion setahun sejak 2001 dan meningkat 50% pada 2006 kini melebihi USD 500 billion setahun untuk ketenteraan sahaja. Kebanyakannya daripada wang negara dan pelabur Arab dan digunakan untuk memerangi keganasan. Amerika secara nyata meletakkan Islam dan umatnya sebagai pengganas sebenar kepada dunia.

Sistem ekonomi berasaskan riba, wujud instrumen kewangan yang tidak berasaskan kepada aset yang jelas yang diniagakan dibursa-bursa saham `Wall Street’ dan lain-lainnya. Perjudian dalam pelaburan saham apabila wujud sistem yang membenarkan pelabur-pelabur mengaut keuntungan `atas angin’ terutamanya bila berleluasanya jual-beli saham yang naik turun berasaskan spekulasi dan pelaburan jangka pendek. Selain wujud korupsi dalam penguatkuasaan undang-undang perdagangan dan pengurusan kewangan telah menyebabkan Amerika menghadapi krisis ekonomi terburuk.

Beberapa penganalisa melihat krisis kewangan di Amerika bermula apabila sektor perumahan berkembang pesat disebabkan spekulasi dan kemudahan untuk membuat pinjaman. Apabila terlalu banyak rumah dibina menjadikan harga rumah jatuh menyebabkan pemilik rumah mengalami kerugian dan gagal membuat bayaran atau pembiayaan semula. Kegagalan pemilik rumah membayar hutang rumah menjadikan kerugian kepada bank.  Kerugian bank-bank di Amerika menjadikan saham-saham di bursa-bursa merudum. Ini menyebabkan bank pusat terpaksa melakukan ’bailouts’. Namun ia hanyalah penyelesaian kepada kesan bukan merubah akar umbi permasalahan sistem ekonomi seluruhnya.

Kini negara-negara yang banyak bergantung perdagangan dengan Amerika menghadapi krisis ekonomi seperi Singapura, China, Amerika Latin dan Eropah.

Sebenarnya krisis ekonomi dunia adalah kesan kepada krisis indentiti manusia dan peranan mereka sebenar di dunia ini. Apakah manusia diciptakan Allah untuk hanya berseronok-seronok dan memuaskan nafsu dengan apa sahaja cara yang mereka suka, tanpa terikat dengan akhlak dan peraturan hidup yang diturunkan Allah?..

Krisis kepimpinan raja-raja dan pengurusan empayarnya, ketidak amanahnya pengurus-pengurus harta yang sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri sama ada mereka adalah pemerintah, pengurus-pengurus bank, pengurus dana, budak pejabat dipejabat-pejabat tanah di majlis daerah dan siapa sahaja.

Tanpa keimanan, takwa, ketulusan perhambaan kepada Allah, tanpa perasaan bertanggungjawab di hadapan Allah dalam diri manusia mereka kan terjebak menyumbang kepada semua krisis.

Islam adalah penyelesaian, dakwah dan tarbiyyah adalah jalannya. Berubah manusia kepada ketakwaan berubahlah dunia kepada kemakmuran.

*************

[setiap hujung tahun, akan diwujudkan aktiviti `dummy’ kursus-kursus yang tidak berobjektif konkrit… sekadar untuk memberikan peluang para pegawai makan angin setelah setahun ‘stress’ berkerja ]. [Kata mereka: “Budget dah ada.. kalau tidak digunakan rugilah”]

Semua itu duit siapa ya??..

– diambil daripada blog Ustaz Annuar Salleh dalam entri bertajuk Memahami Krisis Ekonomi Dunia –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: