Cabang haluan hati..

dalam kesejukan pagi..
menanti mentari menampakkan diri..
aku terfikir soalku sendiri..
tatkala aku di kubur nanti..
siapakah yang menemani..
sendirian menjawab soalan bertubi-tubi..

hari ini..
sebelum liang lahad ku terisi..
sebelum badanku kaku melihat nyawaku pergi..
aku merenung semula diri ini..

untuk siapa amalan selama ini?..

andai redha manusia yang dicari..
aku pasti telah lama kau kecapi..
malah dunia dan segala isi bumi..
semuanya mampu kau nikmati..
andai itulah tujuan amalan selama ini..

katakan saja..
kau mahu dipuji..
pasti beribu-ribu bersorak dan memuji..
bukan perkara ganjil di sini..
secara fitrah naluri..
yang baik akan dipuji..

namun apakah itu yang kau hajati?..

redha siapa yang kau cari?..
murka siapa yang kau cuba hindari?..
azab siapa yang kau cuba lari?..
ni’mat siapa yang kau guna selama ini?..

Allahu Rabbi..

apakah ada amalanku yang Kau terima?..
apakah hanya dosaku yang telah sampai ke langit sana?..
adakah amalanku semua sia-sia belaka?..
apakah hanya seperti pasir ditiup angin sahara..

Allahu ya Rabbul ‘izzati..

tiadalah aku layak untuk ke syurgaMu..
tetapi sedikit pun aku tidak ingin ke nerakaMu..
ampunkanlah dosa-dosaku..
redha dan rahmatilah diriku..

Ya Allah..
sesungguhnya Engkau Maha Mengampun..
Engkau suka memberi pengampunan..
Maha Menerima Taubat..
ampunkanlah diriku yang dalam kehinaan..

sungguh, tiada kemulian..
kecuali dengan keislaman..
dan hidup dalam keimanan..

Ya Ilahi..

apakah ini hanya kata-kata indah..
yang keluar dari hujung lidah..
tetapi tidak dari hati yang basah..

Allahu Rabbi..

sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: