Rintihan hati..

Ya Ilahi..
Tuhan yang memiliki diri ini..
Tuhan yang memegang jiwa ini..
Tuhan yang membolak balikkan hati ini..

Ya Rabbi..
hari ini..
aku datang sekali lagi..
dengan wajah suram dan sepi..
mengadu permasalahan dalam diri..
sedangkan segalanya telah Kau beri..

Ya Rabbul ‘izzati..
aku mengakui setiap ni’mat pemberianMu..
dan aku..
aku mengakui dosa-dosaku..
dosa-dosaku yang aku lakukan..
dengan pemberianMu..

Allahu Rabbi..
malunya di hadapanMu, ya Rabbi..
namun, tiada tempat lagi aku kembali..
ampunkan dosaku yang menggunung tinggi..
maksiat yang dilakukan dengan ni’mat yang Kau beri..
Allahu ya Ilahi Rabbi..

Wahai Tuhan yang rahsiaku di tanganMu..
siapalah aku di mataMu, Ya Rabbi..
tiap titis air mata yang keluar ini..
yang deras membasahi pipi ini..
mengharapkan sejuta kerahmatan dariMu, Ya Ilahi..

moga setiap titisan cecair panas ini..
yang mengalir lajus jatuh ke pipi..
mengingatkan nasib diri ini..
akan dilihat di khalayak seluruh makhluk nanti..
akan dipertontonkan aib yang cuba disimpan hari ini..
akan ditimbang amalan dan dosa yang menggunung tinggi..
moga tiap titisan yang jatuh membasahi muka ini..
mampu menebus kesalahan diri ini..

Ya Allah..
tiada pengharapan lain selain kepadaMu..
andai bisa ku jadi tanah ini..
rela aku dipijaki..
hinanya aku mengingatkan janji..
janjiku yang tidak pernah ku tepati..
Allahu Rabbi..
ampunkan kelemahan diri ini.. 

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui..
Kau tahu segala isi hatiku ini..
malah Kau yang menetapkan setiap langkah ku ini..
permudahkanlah segalanya untuk diri ini..
amin..

campakkanlah dalam diriku kekuatan dan kesabaran..
agar aku dapat mengharungi mehnah sepanjang perjalanan..
moga aku dalam bermujahadah dalam setiap keadaan..
moga mu’ahadah aku menimbulkan kemanisan..
agar aku dapat merasai kemanisan iman..
supaya jujur dengan keimanan..
melahirkan kejujuran kepada kebenaran..
memberi nyawa kepada seluruh kehidupan..
hidup di dalam kelazatan dalam ketaatan..
berbekal keni’matan keimanan..
dan akhirnya menuju ke hari kemenangan..

amin..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s