Cinta di atas jalan jihad..

– diambil daripada blog Wanita ISMA PJ dalam entri bertajuk Dua Sejoli Di Atas Jalan Jihad

Wanita ini akan tetap hidup bersama jihad, kerana jihad adalah pintu syurga.. walaupun suaminya terpenjara akibat kezaliman regim pemerintah Mesir. Beliau adalah Aminah Qutb, adik kandung Sayyid Qutb dan isteri kepada Muhammad Kamal Sananiri, seorang aktivis Jamaah Ikhwanul Muslimin (IM). Kamal merupakan seorang pejuang yang bersungguh-sungguh melibatkan diri melalui perjalanan da’awah yang diwarnai dan disirami dengan keringat, darah dan air mata. Beliau menggabungkan dirinya dalam IM setelah tertarik dengan muhadarah yang diberikan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Ciri-ciri syeikh dan murabbi yang ada pada diri Al-Banna semakin meyakinkan lagi akan kebenaran perjuangan IM. Beliau mewakafkan dirinya dalam da’awah dan amat rindukan syahid lalu Allah memakbulkan keinginannya.

Penglibatan ini mengheret beliau ke penjara selama 25 tahun dengan melakukan kerja-kerja berat rentetan kezaliman regim Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954. Penyiksaan dan kekejaman yang ditanggungnya menghantar beliau ke rumah sakit Liman Taroh selepas 5 tahun berada dalam kurungan besi. Di sinilah beliau bertemu dengan Sayyid Qutb dan di kesempatan ini beliau menyampaikan hajatnya untuk memperisterikan Aminah Qutb. Seterusnya lamaran itu telah diterima oleh Aminah walaupun dia tahu bakal suaminya masih mempunyai tempoh tahanan selama 20 tahun lagi. Pernikahan berlangsung di penjara Liman Taroh dalam suasana Kamal ditahan oleh kuncu-kuncu toghut. Hubungan hati kedua suami isteri ini terus mekar walaupun dipisahkan oleh tembok penjara dan berjauhan. Kunjungan dan surat-surat daripada Aminah benar-benar menjadi hiburan imani untuk Kamal dan sahabat-sahabatnya yang lain.

Suatu hari, sewaktu Aminah menziarahi suaminya di penjara, Kamal menghampiri isterinya lalu berkata:

“Isteriku Aminah.. Adinda memang tahu, dan seperti yang telah aku katakana sejak dulu, yakni sejak pernikahan kita, bahawa keadaan aku dalam penjara ini masih tidak jelas. Adakah akan berakhir 20 tahun lagi atau hayatku akan berakhir di sini? Aku tidak sanggup melihat penderitaan yang engkau alami. Mulai saat ini aku serahkan kepadamu untuk menentukan sikap. Buatlah keputusan yang menguntungkanmu. Aku tidak ingin menggangu masa depanmu. Abdul Nasir telah memujuk kami untuk menyetujui keputusannya, tetapi tidak mungkin kami menerima keputusanya itu, meskipun kerananya jasadku dipotong-potong. Fikirlah dengan baik dan tuliskanlah pendapatmu..”.

Sebaik sahaja Aminah mahu menulis jawapan untuk suaminya dia diusir keluar kerana waktu lawatan sudah tamat. Kesedihan Aminah sudah dijangkakan dan apabila tiba di rumah, meluncurlah rangkap-rangkap syair cinta imani yang mencurahkan perasaan hatinya sejak di penjara lagi, yang antara lain berbunyi, “Adinda akan tetap hidup bersama jihad….kerana jihad adalah pintu syurga..Suamiku….adinda akan tetap setia disampingmu mengharungi jalan ini..”. Syair itu dikirimkan kepada Kamal, dan sungguh luar biasa kesannya hingga Kamal benar-benar merasai nikmat pertolongan Allah melalui teman hidup yang solehah di tengah-tengah kemelut siksaan musuh yang kejam. Setelah 22 tahun dalam tahanan barulah Kamal dibebaskan ekoran kematian Jamal Abdul Nasir.

– diambil daripada blog Wanita ISMA PJ dalam entri bertajuk Dua Sejoli Di Atas Jalan Jihad –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: