Buaian rasa..

Hendak tidur, tidurlah mata,
Moga hilang nanti lelah di dada,
Hendak lena, lenalah jiwa,
Moga esok kan kembali ceria..

Lama aku berjuang,
Ku menempuh duri dan gelombang,
Lama ku berpanas hujan,
Ingin ku regup setitik kedamaian..

Moga dapat ku rehat seketika,
Membasuh lukanya dosa dan noda,
Doakan aku teman semua,
Bangkit ku nanti berjuang semula..

Nanti akan ku impikan,
Bersama kita berganding tangan,
Nanti akan ku impikan,
Bendera Islam sama dikibarkan..

Aku kini lemah tak berdaya,
Tak mampu rasa mengimbang perasaan,
Kerdilnya diri di sisi Tuhan,
Terasa malu menatap alam..

Tidurlah.. tidur biar lena,
Bersama dodoian kasih ini,
Nanti bila terjaga,
Dapat kau bangkit berjuang semula..

Tidurlah.. tidur biar lena,
Bersama alunan cinta di hati,
Nanti bila terjaga,
Dapat berbakti pada agama..

Advertisements

3 thoughts on “Buaian rasa..

  1. maafkan saya.. memang kelemahan diri sendiri yang tidak mahir menyusun waktu dan kurang teratur urusan diri sendiri.. menyebabkan beberapa tanggungjawab terabai.. salah salah satunya catatan ini.. semoga dapat diperbaiki semuanya.. amin..

    jazakumullahu khairan kathira atas kesetiaan membaca.. moga penulisan di sini dapat diperbaiki untuk diri sendiri dan yang lainnya.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s