Rindu kehangatan lama..

hati berbicara..
mengherdik diri yang hina..
berkali-kali dimaki dihina..
merindukan keinsafan lama..
ke manakah hilangnya?..

pastikah lintasan datang lagi?..
datangkah lagi nur singgah di hati?..
apakah esok telah pasti?..

rindu kehangatan uraian air mata..
terkenang sebak yang menusuk dada..
teringat ketenangan yang mendiam seketika..
terbayang pengharapan penuh padaNya..

sibuk dunia..
melalaikan jiwa..
lali dengan dosa..
maksiat jadi norma..
sehingga gelap jiwa..
keras hati natijahnya..

seperti air panas terbiar lama..
ia akan sejuk semula..

sungguh, aku rindu kehangatan lama..
kehangatan air mata..
mengenangkan cintaNya..
tidak putus-putus kepada hambaNya..

kehangatan air mata..
turun bersama esakan jiwa..
mengetuk dinding hati..
memecah hening sunyi..

kehangatan air mata..
berderai ketika meminta..
mengemis kasihNya..
merayu merintih padaNya..
mengharap rahmatNya..

moga ketemu semula..
kehangatan air mata..
mengenang cintaNya..
cinta suci murni kudus lagi abadi..

Advertisements

2 thoughts on “Rindu kehangatan lama..

  1. gigitlah lintasan hidayah dengan gigi geraham yang paling kuat.. semoga ia tidak pergi dan hilang.. dan mungkin tidak kembali lagi.. ingatlah, tidak semua orang diberikan hidayah..

    semoga kita tetap di atas ketaatan kepadaNya dan perjuangan agamaNya.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s