Permata dakwah yang berkilau..

– diambil daripada blog Wanita ISMA PJ dalam artikel bertajuk Tokoh Pejuang Muslimah dan berkaitan dengan entri sebelum ini

Zainab al-Ghazali

Tanggal 3hb August 2005, ummat Islam kehilangan salah seorang pejuang wanita Islam yang paling hebat di zaman ini; Zainab al-Ghazali.

Dilahirkan pada 1917, Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama’at Muslimat. Penubuhan Jama’at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu. Zainab Al Ghazali dilahirkan di Al-Bihira, Mesir; berketurunan daripada Umar al Khattab, khalifah kedua Islam. Zaman mudanya dihabiskan dengan mencari ilmu dan pelbagai aktiviti yang membolehkan beliau menjadi barisan utama didalam perjuangan Islam di Mesir kemudiannya. Bapa beliau berpendidikan Al-Azhar dan merupakan anak murid antaranya Sheikh Ali Mahfouz, Sheikh Muhammad Al-Awdab dan Muhammad El-Najjar.

Zainab berasal daripada keluarga yang aktif berpolitik dan disegani. Semasa muda, beliau merupakan seorang ahli Gabungan Feminis Mesir yang aktif, tetapi pada tahun 1936, semasa berusia 18, beliau menubuhkan persatuan beliau sendiri; Persatuan Wanita Islam, untuk mengurus kerja2 wanita-wanita Islam bersesuaian dengan ajaran Islam. Semasa disinilah beliau bertemu dengan Imam Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin). Al-Banna mengajak beliau supaya mengetuai cabang wanita Ikhwan dan menggabungkannya dengan Persatuan Wanita Islam. Beliau menolak tetapi akhirnya memberikan bai’ah secara rahsia kepada Al-Banna untuk membantu perjuangan Ikhwan.

Selepas kematian Al-Banna dan keberikutan daripada pemenjaraan dan pembunuhan pimpinan Ikhwan, Zainab bersama-sama dengan Syed Qutb dan Abd al-Fattah Ismail berpadu sebagai pemandu yang baru kepada gerakan Ikhwan dan mencapai orang ramai melalui penulisan mereka dan ceramah. Rumah Zainab pula dijadikan medan untuk golongan muda bertemu dan mendalami kecintaan mereka kepada ilmu Islam dan idaman mereka untuk memperbaiki keadaan masyarakat mereka, serupa dengan rumah Al-Arqam semasa dijadikan sebagai medan pertemuan generasi Islam pertama 1400 tahun yang lalu.

Tetapi, mana-mana gerakan yang inginkan perubahan sudah tentu akan bertemu dengan mehnah dan ujian daripada golongan yang takut dengannya; kerajaan. Dengan beberapa pimpinan Ikhwan, Zainab ditangkap oleh presiden Jaml’ Abd Al-Nasr pada 1965, dibicarakan pada 1966 dan dijatuhi hukuman sangat keras selama 25 tahun. Sebelum pembicaraan dan sepanjang menjalani hukuman, beliau telah disiksa dengan sangat hina, seperti yang dirakamkan beliau dalam bukunya, ‘The Return of the Pharoah’.

Tetapi beliau kuat dan beristiqamah, tidak mahu untuk menanda-tangani pengakuan palsu atau menipu mengenai aktiviti sahabat-sahabat seperjuangnnya. Beliau kemudiannya dilepaskan pada 1971 ketika president Anwar Sadat (selepas kematian Nasr). Setelah beliau dibebaskan dari penjara, Zainab kembali mengajar dan berjuang sebagai pembakar semangat kepada generasi pejuang Islam, lelaki dan wanita. Beliau menunjukkan contoh kepada wanita Islam bagaimana boleh mereka boleh memenuhi tanggungjwab mereka sebagai isteri dan ibu, tetapi dalam masa yang sama memberikan sumbangan kepada masyarakat dan dakwah, mengajar dan memanggil manusia kepada ajaran Islam. Beliau seorang penulis yang disanjung tinggi, kerap menulis untuk journal-journal Islam, selain menerajui ajaran tafsir al-Quran.

Barangkali, pelajaran yang paling baik untuk kita pelajari daripada Zainab adalah kekuatan beliau didalam menjalani ibadah kepada Allah. Beliau menjadikan kehambaannya kepada Allah yang mengatasi segala-segalanya dalam hidup beliau seperti ucapan beliau yang sangat terkenal kepada suami beliau sebelum berkahwin:

‘…. Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku…’

Zainab meninggal dunia pada usia 88, semoga perjuangan beliau menjadi sumber inspirasi kepada wanita muslimah kini.

– diambil daripada blog Wanita ISMA PJ dalam artikel bertajuk Tokoh Pejuang Muslimah dan berkaitan dengan entri sebelum ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: