Maafkan ku ya akhi..

– diambil daripada blog seorang adik yang berhijrah dan hijrahnya mengembirakan abangnya dan seisi keluarganya dalam karya bertajuk Wahai Akh Mujahid…

Akh Mujahid,
Ke mana hilangnya keberanianmu dulu??
Ke mana ghaibnya ketokohanmu itu??
Ke mana perginya kehebatan bicara mu??
Ke mana larinya jatidiri unggul dai’e milik dirimu ??
Mungkin kah kan pulang..
Atau akan terus terkubur tinggal kenangan…

Akh Mujahid,
Ikhlas kah kau dalam ibadatmu??
Atau sekadar mendamba secebis pujian??
Ikhlas kah dikau menegur sahabatmu ??
Atau kerna cemburu dek perkara itu??
Ikhlas kah diri dan niat menjaga ikhtilat??
Atau kau menjadi demikian kerna fobia dgn kekecewaan dulu??
Ikhlas kah… Ikhlas kah…??
Tanya dirimu akh…

Akh Mujahid…
Lupakah dikau??
Ceritera keberanian Umar Al-Khattab…
Yang mana ditakuti segenap alam ketika itu..
Perihal keikhlasan Hassan Al-Banna…
Mujaddid yg terkesan pada teras ummah…
Kisah Khalifah Muhammad Al-Fatih…
Yang dikatakan Rasulullah sbg pemimpin terbaik..
Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi…
Perampas BaitulMaqdis dari tentera Salib…

Akh Mujahid…
Allahu Ghayatuna..
Ar – Rasulu Qudwatuna..
Al – Qur’anu Dusturuna..
Al – Jihadu Sabiluna..
Al – Mautu Fisabilillah Asma ‘amanina…
Jangan sesekali kau lupa motto hidup ini akh…

Akh Mujahid..
Wahai akh mujahid…
Ketika derap tasbih makin laju…
Semailah benih keikhlasan dalam diri…
Ketika kau katakan kau cari madhotillah bukan zaujah..
Ku turut mendoakan yg kau ikhlas dlm pencarian..
Ketika kau panahkan hujah2 menghiris dia yg tak bersalah…
Kau lupa akan mauizatul hasanah…
Tika ku pinta bersihkan diri dari prasangka..
Malahan diriku yg menjadi mangsa tujahan prasangka tersebut…

Akh Mujahid,
Maafkan ana akh…
Ana ingin akh kembali…
Ana terlalu ingin akh kembali…
Ketika die sudah pun mencari jalan pulang…
Akh masih terkapai2 dalam kebenaran yg dicipta sendiri…
Maaf andai terlalu berterus terang…
Maaf andai terlalu berkias liar…
Maaf andai terlalu malap penerangan…

Nukilan Aiman Al-Mujahid…
Buat seorang sahabat.. Akh yg cintakan syahid…
Pulanglah akh… Ku doakan dirimu akh…
Ameen…

– diambil daripada blog seorang adik yang berhijrah dan hijrahnya mengembirakan abangnya dan seisi keluarganya dalam karya bertajuk Wahai Akh Mujahid…

2 comments
  1. Aiman Al-Mujahid said:

    Salam alayk…

    Syukran akh..
    Moga hijrahku ini istiqamah..
    Moga taubat dosa lalu diterima..
    Moga kesilapan semalam tinggal kenangan..

    Syukran akh..
    Doakan diri setia dalam perjuangan..
    Doakan adikmu.. ikhlas dalam perjalanan..
    Doakan saudaramu ini.. tabah dalam ranjau dugaan..

    Syukran skali lagi akh…
    Diri mu sentiasa dalam ingatan…
    Ku doakan dirimu jua keluarga ini…

    Semoga bersama semula, di-Sana, selamanya.. Di Jannah miliknya… Ameen…

    Wassalam

  2. FaisaL said:

    amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin.. moga dirimu menjadi salah seorang lagi teman perjuanganku yang gagah melangkah terus ke hadapan menuju syurga.. menanggalkan sarung pedang dan terus mara ke hadapan memerangi thaghut tanpa menoleh ke belakang untuk mencari redha Pencipta kita.. amin.. amin.. amin ya Allah..

    semoga bertemu semula, andai bukan di sini, insyaAllah di Sana, selamanya.. amin..

    salam perjuangan dari abangmu di kejauhan,
    faqiru ilAllah, wa akhuka fillah,
    Along

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: