Rayuan empunya hati..

jahitan mana yang lebih sempurna..
melainkan jahitanMu..
anyaman mana yang lebih rapi..
melainkan anyamanMu..
sulaman mana yang lebih kemas..
melainkan sulamanMu..

maka..
ku serahkan serpihan hati ini kepadaMu..
cantumkanlah semula cebisan daging ini..
satukanlah ini agar kembali menjadi satu jiwa..
jiwa yang kenal Tuhannya..
jiwa yang tahu tujuan hidupnya..
jiwa yang sedar tanggungjawabnya..
jiwa yang faham ketetapan dunia..
jiwa yang insaf hakikat syurga neraka..

Tuhan yang mengajar erti hidup ini..
bimbinglah aku mengenal siapa diri ini..
melihat dunia ini dengan mata hati..
berjalan di atas muka bumi dengan rendah diri..
menuju kepada sesuatu yang pasti..
dengan derap langkah yang diyakini..

Tuhan yang mengetahui setiap isi hati..
jahitkanlah luka-luka di hati..
damaikanlah kegundahan ini..
hilangkan kepalsuan yang bertubi-tubi..
lenyapkanlah keraguan yang tak pasti..
runtuhkanlah dinding-dinding nafsu ini..
putuskan beban jahiliah diri..
rawatkanlah sayap-sayap diri..
tenangkan perjalanan ini..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s