Aku ingin belajar..

ajarkan ku menahan deras tangisan..
agar air mata ku tidak lagi berlinangan..
apakah caranya untuk aku mencapai ketenangan..
ingatkan aku hidup dalam perjuangan..
tunjukkan aku erti kesabaran..
khabarkan ku kecekalan dan ketabahan..
agar pipi ku tidak lagi basah berlinangan..
berikan ku cara menahan kesedihan..
biar hilang semua kedukaan..
agar lenyap setiap kehibaan..
moga terang cahaya di hadapan..

Advertisements

2 thoughts on “Aku ingin belajar..

  1. Doa Bila Sedih dan Doa Agar Bertemu Orang Yang Ikhlas

    Maksudnya:

    Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

    [Yang ini doa dalam al-mathurat Allahummainni a’uzubikaminalhammiwalhazan…]

    Maksudnya:

    Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

  2. terima kasih banyak sangat ummi kerana sentiasa ada di sisi walaupun dah berapa kali dan buat ummi risau dan kecil hati.. jazakillahu khairan kathira..

    huhu.. rasa sangat tak cukup sekadar ucap macam tu je.. tapi itulah hakikatnya.. sekarang ni.. dan dekat sini.. dapat buat tu je.. harap ummi terima.. insyaAllah along cuba lebih baik lepas ni..

    doakan along jadi anak yang soleh.. amin..

    sekali lagi.. jazakillahu khairan kathira ummi.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s