Selamat tinggal dunia perjuangan..

selamat tinggal dunia perjuangan..
kerana aku di ambang kematian..
hidup sendirian..
tanpa ada siapa ingin berteman..
keluarga sendiri pun ditinggalkan..
entah siapa hendak disandarkan..
tetapi aku ada Tuhan..
sungguh, hanya padaMu ku pasrahkan..
biarlah aku semadi dalam ketenangan..
walaupun jenazahku tiada yang menguruskan..
entah siapalah yang hendak ku harapkan..
hanya desir bayu yang meniup di kuburan..
tinggal aku sendirian..
menjadi mayat di pembaringan..
bertemu Tuhan penuh pengharapan..
tetapi membawa dosa tinggi ke awan..
mungkin seksaNya sahaja layak diberikan..
selamat tinggal dunia perjuangan..

Advertisements

2 thoughts on “Selamat tinggal dunia perjuangan..

  1. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” fussilat:30

    “Janganlah kamu bersedih oleh sebab perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” yunus:65

    kalau ana ckp apa pun nta da tau da…

    cukup bgmu Allah

  2. ya akhi.. jazakAllahu khairan kathira atas semua nasihat dan tunjuk ajar semasa ana dalam tempoh kejatuhan.. moga jasa nta dibalas dengan sebaik-baik balasan.. sekali lagi.. jazakAllahu khairan kathira ya akhi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s