Pahanan kata.. hayunan nada..

semakin banyak terjahan..
semakin tajam tikaman..
semakin kabur pandangan..
semakin tenat keadaan..

apakah di dalam asap kelabu kita memburu?..

menulis perlu digaris..
agar ia tidak menghiris..
apabila jiwa terguris..
harapan pun makin tipis..

apakah di dalam kesamaran pagi kita meniliti?..

berkata biar ada dua hala..
melihat dahulu baru berbicara..
apakah tarbiyah selama ini sia-sia sahaja?..
alangkah hebatnya perasan mengubah jiwa..

apakah di dalam pekan pincang kita berbincang?..

meluah lihat ke sebelah..
meluah biar bertadah..
jangan sampai tertumpah..
kelak ada yang terasa rendah..

apakah di dalam suasana duka kita terjumpa?..

ingatkah kita pada lidah yang tajam..
sehingga paku di dinding terbenam..
meninggalkan isi hati bersulam..
sendirian dalam pekat malam..

apakah di dalam tembok tinggi janji dimeterai?..

saat indah berubah..
waktu gembira tidak diendah..
saat cemas mula memanah-manah..
sekarang luka ku telah bernanah..

apakah di dalam kota buntu kita bertemu?..

dinding telah ditebuk..
ibarat hati yang diketuk-ketuk..
luka bernanah tiada yang menjenguk..
malah ditambah supaya lebih teruk..

apakah di dalam rumah sempit kita tersepit?..

tiadalah tempat lain aku mengadu..
selain kepadaMu wahai Tuhanku..
Engkaulah yang tahu keadaanku..
dihimpit dan tersepit dengan belenggu..

apakah di dalam kepompong kecil kita terpencil?..

setiap rejaman tombak kata..
setiap hayunan pedang nada..
telah ku biarkan terus kena ke dada..
tetapi hari ini aku tiada lagi berdaya..

apakah di dalam lubang dalam kita tenggelam?..

cacilah aku sedayanya..
hinalah aku sehendaknya..
kerna aku sememangnya insan hina..
tiada daya berbuat apa-apa..

apakah di dalam ruang duka kita bersemuka?..

hanya kau yang berusaha..
aku sibuk dengan diriku sahaja..
buatlah apa sahaja..
kerna itulah aku pada pandanganmu yang mulia..

apakah di dalam hujan lebat kita tersekat?..

di mana luhur budi pekerti?..
di mana manis seorang insani?..
di mana mulia seorang daie?..
di mana janji mukmin sejati?..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s