Sebuah cerita dongeng..

– diambil daripada blog Ustaz Salam dalam entri Sebuah cerita dongeng

Seakan mendengar cerita dongeng…

Ada sebahagian ikhwah dan akhowat di luar negara sanggup menempuh perjalanan beribu kilometer semata-mata untuk menghadiri pertemuan rutin bersama teman-teman yang lain ataupun menghadiri daurah bulanan. Wang scholarship sanggup dihabisi hanya untuk membiayai tambang perjalanan. Duit
infaqnya bukan calang-calang. Tidak cukup dengan itu, wang tambahan didapati daripada bekerja part time; sebagai pelayan restoran, cleaner, pemetik buah-buahan, ataupun bekerja di hospital.

Ada juga sebahagian yang lain sanggup membelanjakan wang yang tak seberapa semata-mata untuk memberikan taujih yang hanya memakan masa 50-60 minit sahaja. Kemudian harus pulang awal untuk menghadiri kuliyyah keesokan harinya. Terkadang cuti summernya dihabiskan hanya untuk bekerja walaupun teman-teman yang lain dari awal lagi sudahpun pulang ke tanah air bertemu keluarga tersayang.

Ah, apakah mereka ini rahib-rahib yang tidak punya keinginan yang sama seperti orang lain… yang juga ingin punya waktu-waktu bersendirian- bersama teman serumah ke panggung wayang menonton movie2 terbaru-meluncur ski-shopping- melayan perasaan dan berangan -menikmati tidur yang enak setelah seminggu sibuk dengan menelaah buku-buku dan assignment-namun waktu-waktu mereka di hujung minggu senantiasa disibukkan dengan aktiviti tarbawi. Tidak cukup dengan pertemuan rutin, dipenuhi pula dengan daurah, mabit dan rehlah. Kalau tidak pun meluangkan masa bersama mad’u yang senantiasa dahagakan nasihat dan perhatian.

Seyogya… terfikir juga… kenapa ya perlu bersusah-susah begini… antumkankan bakal jadi doktor… bakal jadi engineer…mungkin juga seorang lecturer yang gajinya sampai ke beberapa kali angka.
…..

– diambil daripada blog Ustaz Salam dalam entri Sebuah cerita dongeng

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s