Mengelak dengki, memelihara ukhuwah..

– dipetik daripada blog akhi Aizuddin Khalid dalam entri bertajuk Mengelak Dengki, Memelihara Ukhuwwah

Satu hadith yang boleh kita amalkan utk memelihara ukhuwwah:

“Ada tiga sifat yang dengannya hati seorang Muslim tidak akan merasa dengki selama-lamanya, iaitu mengikhlaskan amal kerana Allah, memberi nasihat kepada pemimpin, dan menetapi jamaah. Sesungguhnya semua doa mereka itu menyelimuti dari belakang mereka”

(Hadis Sohih riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dari Zaid bin Tsabit)

Mengikhlaskan amal kerana Allah

Ini mengelakkan kita membanding-bandingkan amal kita dengan orang lain. Kalau kita bandingkan dengan orang yang lebih baik dari kita, tidak mengapa.. harapnya ia menjadi inspirasi untuk kita berlumba-lumba dalam kebaikan.. Fastabiqul Khairat. Tetapi apabila kita membandingkan amal kita dengan orang yang kelihatan lebih perlahan dari kita, ia boleh menimbulkan perasaan-perasaan yang tidak elok, lalu ia menghasilkan dengki dalam membandingkan kelapangan dan keberatan tulang yang dibanting.

Kata Isa Al-Imad (Ikhwah Mesir): “Berhentilah membanding secara zalim.. ..kerana perbezaan itu akan tetap berterusan (eg. kurus-gemuk, berdiri-duduk). Jangan bandingkan diri kamu dengan orang lain selama-selamanya.. ..Kita insan tersendiri, Allah ciptakan kamu unik! Kamu (masing-masing) mesti gerakkan kekuatan kamu; bila kita membanding, biasanya kita yang akan dizalimi..”

Oleh itu, sandarkanlah setiap amal anda kepada Allah. Perbetulkan & selalulah memperbaharui niat. Semoga ia dapat menyatukan amal-amal besar dan amal-amal kecik ke arah matlamat menegakkan Al-Haq di muka bumi.

Memberi nasihat kepada pemimpin

Berilah nasihat.. kerana “ad-deenu nasihah ..lillahi walikitabihi walirasululihi wali a’immatil Muslimina wa ammatihim..”

Memberi nasihat itu kewajipan mukmin sesama mukmin. Orang yang tidak mahu memberi nasihat bererti telah berbuat khianat, curang dan dusta. Orang yang memendam rasa dendam terhadap kaum mukminin, kerana urusan keduniaan, maka bererti ia menyandang sebahagian cabang kemunafikan.

Berilah nasihat. Sebagaimana Jarir bin Abdullah Al-Bajali dari Yemen yang bahkan menasihati Rasulullah sendiri, “Wahai Jarir, tidak pernah seorang pun yang mengingatkanku kecuali selalu saja kurang dari apa yang mesti disebutkan kepadaku kecuali engkau. Kerana engkau menyebutkan apa adanya.”  sabda Nabi S.A.W. kepada Jarir. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia boleh mengelakkan dengki dikalangan orang beriman. Ia boleh mengelakkan dengki yang timbul dari dada kita. Dengki sebegini bahkan boleh menganjur kita mengajak orang lain dengki sama. Berbincanglah dengan pemimpin. Bahkan kalau rupa-rupanya kita yang salah, terimalah nasihat tersebut kembali, kerana ramai saja golongan bersemangat yang pada pandangannya ingin memperbetulkan pemimpin, tetapi akhirnya tersalah kira kerana pandangan peribadinya yang tidak menyeluruh, lalu enggan menerima hakikat kesalahannya sendiri..

Tetap bersama Jemaah

“…Fainnama ya’kulu zi’bu minal ghanamil qasiah”  (Abu Dawud)

Mungkin selalu kita mendengar terjemahan hadis ini sebagai “..kerana sungguh serigala itu akan makan kambing yang bersendirian.” ..Namun, kalau dihayati maksud Al-Qasiah itu, menurut Ustaz Fauzi Asmuni, sebenarnya ia bermaksud “yang mengasingkan diri dari kumpulan” atau literally jauh dari kumpulan.

Ibarat seekor wildebeest yang tertarik dengan satu padang rumput yang hijau, lalu ditinggalkan kawanannya untuk ke padang tersebut; kerana itu dia dibaham singa. Kelihatan dia duduk di dalam kawanannya, tetapi apabila kawanannya bergerak ke satu arah, dia bergerak ke arah lain, lalu dibaham singa. ATAU ibarat seekor wildebeest yang sakit yang x dapat berlari ketika kawanannya dikejar singa. Kelihatan dia duduk di dalam kawanannya, tetapi apabila kawanannya bergerak ke satu arah, dia tidak dapat bergerak kerana penyakit-penyakitnya, lalu dibaham singa. Wildebeest ini boleh jadi seekor mahupun berekor-ekor, maka jadilah ia santapan sang raja rimba.

“…Fainnama ya’kulu zi’bu minal ghanamil qasiah”  (Abu Dawud)

Kita selalu menterjemah hadis ini sebagai duduk sorang-sorang. Maka kita mengajak mad’u-mad’u kita, “Janganlah duduk sorang-sorang, duduklah dengan ikhwah akhawat, etc..” Itu mungkin satu maslahah juga. Tetapi dengan hadis ini, yang menggunakan kata Qasiah (menjauhkan diri), mungkin nasihat kita sepatutnya berbunyi, “Janganlah meninggalkan Ikhwah & Akhawat”. Ini kerana bahayanya lebih besar. Seseorang akh/ukht mungkin duduk bersendirian, tetapi dia tidak pernah meninggalkan kumpulan ikhwah akhawat-nya. Manakala seseorang akh/ukht mungkin kelihatan duduk bersama ikhwah akhawat-nya tetapi hakikatnya dia sudah berjauhan dari mereka. Syaitan menyerang orang yang duduk sorang-sorang dengan agenda tersendiri, eg. futur. Syaitan juga menyerang orang yang meninggalkan jamaah dengan agenda berbeza, yang mungkin lebih berbahaya lagi kepada dakwah. Ia mungkin menyuntikkan dengki (seperti hadis), ghurur, merasa hebat, ego dan penyakitpenyakit seumpamanya (malah futur juga), lalu mampu menimbulkan isu dan memecah-belahkan jamaah.

Jadi, sentiasa bersama dengan jamaah dari sudut fizikal, ruh, pemikiran dan tasawur, adalah satu solution yang holy dari Rasulullah untuk memelihara ukhuwwah, hence iman dan amal.

Ketiga-tiga sifat yang disebutkan Rasulullah ini harus ada bagi menghindari perkara buruk yang boleh menyakiti orang-orang beriman. Ketiga-tiga sifat ini disebut sebagai Takholli (pengosongan), iaitu mengosongkan diri dari akhlak-akhlak buruk.

Lantas, marilah kita beristighfar dan merapatkan saf kita agar tidak berlaku penyimpangan dari jalan yang suci ini. Lalu berdoalah agar Allah memenangkan dakwah ini. “..Sesungguhnya semua doa mereka itu menyelimuti dari belakang mereka”. Semoga Allah mengukuhkan barisan mujahidin ini dengan ukhwah yang sejati..

“Sungguh cinta kerana Allah merupakan bahagian dari ikatan iman yang paling kukuh dan pondasi-pondasi yang mendasar. Cinta itu merupakan jambatan yang dibentangkan oleh Rabb kita antara sesama kaum beriman. Dengan cinta ini pula hati mereka tersambung..”

(Dr. Aidh Al-Qarni)

 – dipetik daripada blog akhi Aizuddin Khalid dalam entri bertajuk Mengelak Dengki, Memelihara Ukhuwwah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: