Jentikan kesedaran..

sepertinya aku bersendirian..
sedangkan mereka sedang menjadi teman..
berdiri kukuh di tepi jalanan..
bertasbih memuji Tuhan..
tunduk tawadhu’ dalam keta’atan..
sedangkan aku angkuh dengan kemaksiatan..
selalu bersama mereka rasa berteman..
tetapi kini rasa disisihkan..
mungkin hina pada mereka untuk seiringan..
kerana aku tidak layak digelar hamba Tuhan..
sedangkan mereka semua tunduk dan patuh pada arahan..
bukankah hamba itu seperti budak suruhan..
apa sahaja arahan itulah yang dilaksanakan..
lantas, layakkah aku dikatakan sedemikian..
sedangkan amanah Tuhan aku persiakan..
tuntutanNya pun aku tinggalkan..
laranganNya pula aku abaikan..
lagaknya seperti aku ada kuasa menentukan..
sedangkan aku hanya budak suruhan..
mengikut apa yang diperintahkan..
meninggalkan apa yang dikatakan larangan..
seketika ini juga terlintas di fikiran..
kelak bila aku di muka pengadilan..
sepertinya budak suruhan meminta gaji dari majikan..
apakah aku layak mendapat ganjaran?..
mungkin yang ada hanya hukuman..
malah tidak ada belas kasihan..
kerana aku telah diberi makan..
aku diberi perlindungan..
aku diberi hak kemanusian..
lalu mengenepikan Tuan..
masih dikatakan budak suruhan?..
jauh sekali dari gelaran..
malah layak sekali dengan hukuman..
andai diminta belas ihsan..
pasti hanya azab seksa sebagai penambahan..
tiada sedikit pun pengurangan..
kerana itu selayaknya sebagai balasan..
setelah dimuliakan..
malah diberi segala yang diperlukan..
kemudian diminta mengikut arahan..
aku menderhakakan Tuan..
sememangnya layak hukuman di hari pembalasan..

Ya Allah..
di kala ini aku diberi kesedaran..
maka tetapkanlah aku dengan kebenaran..
peliharalah aku dalam kebaikan..
janganlah kau biarkan aku lari dari landasan..
bantulah aku dalam setiap saat kehidupan..
janganlah Kau tinggalkan dalam setiap keputusan..
moga Kau tetapkan aku atas jalan kebenaran..
amin ya Rabbal ‘alamin..

Advertisements
9 comments
  1. gugur said:

    kenapa post ‘usaha kecil si darah putih’ di delete?

  2. betul. kenapa di delete ?

  3. FaisaL said:

    disebabkan entri tersebut sepertinya ada yang tidak kena dengan orang lain.. mungkin terlalu tajam.. maaf diminta.. langsung tak berniat menyakiti mana-mana insan dalam dunia ini dengan mana-mana entri dalam blog ini.. tiada satu entri pun dalam blog ini bertujuan sedemikian.. kalau dah ada wujud unsur-unsur atau tanda-tanda yang meretakkan dan memecah-belahkan apa sahaja tautan.. saya tidak mahu berkrompomi dalam usaha tersebut.. insyaAllah kalau saya rasa entri tersebut elok untuk ditulis semula.. saya akan tulis semula.. buat masa ni, saya rasa ada orang yang tak suka.. mungkin ini perasaan saya sahaja.. tetapi ini merupakan langkah “precaution” atau “prevention”.. kalau nak cerita bab kesatuan semua orang dah ‘arif tentang itu.. malah tak layak pun saya nak cerita.. atas dasar berhati-hati.. saya rasa lebih baik dibuang.. kalau ada cadangan atau pandangan lain.. silalah utarakan.. mungkin dapat membantu saya untuk memikirkan.. saya pun tak faham.. kenapa tiba-tiba dikaitkan dengan macam-macam.. ada baiknya saya buangkan kalau memang menjadi asbab perpecahan..

    sekian.. pandangan 2 sen dari saya yang faqir di hadapan Allah.. tetapi menginginkan kesatuan di kalangan seluruh rijal-rijal dakwah.. sesungguhnya kesatuan itu adalah satu kekuatan.. yang sering diabaikan..

    Allahua’lam..

    wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    faqiru ilAllah, wa akhukum fillah,
    FaisaL

  4. gugur said:

    ok..jzkk untuk penerangan. sbb baru smpt baca tajuk smalam, ingat nk baca nnt, tgk2 dah di delete, walaupun commentnya ada kt tepi tu…

    doakan syaitan pergi jauh.. n kaki, hati n jiwa berpasak kuat atas Deen ni…

    barakallahufik…

    wassalam wbt

  5. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    waiyyakum…

    syaitan itu senantiasa ada di sekeliling kita.. tidak pernah pergi dan tidak pernah berputus asa.. akan ada senantiasa di sekeliling kita.. maka, ia terpulang kepada kita.. mereka sudah hidup beribu-ribu tahun mungkin berjuta-juta tahun lamanya.. setiap selok belok cara yang licik mereka telah ketahui dalam menipu dan memesongkan umat manusia.. hatta sekecil-kecil titik hitam boleh dimanipulasikan oleh mereka untuk mencapat tujuan mereka.. dengan adanya mereka inilah wujudnya mujahadah dalam diri.. tanpa musuh, apakah peperangan?..

    oleh itu, kita tahu musuh senantiasa ada.. maka kita yang seharusnya meningkatkan persiapan.. menguatkan lagi pertahanan.. menambahkan lagi amalan.. mengukuhkan lagi bentengan.. meninggikan lagi dinding pertahanan.. merendahkan diri meminta bantuan Tuhan.. moga apabila syaitan datang menyerang.. kita telah siap untuk berperang.. dan kita yakin akan kemenangan.. dengan persiapan, pertahanan, amalan, bentengan, pertahanan, pengharapan, dan bantuan.. barulah kita mampu mengharapkan kemanisan sambutan kemenangan..

    mujadahah itu salah satu sifat yang wajib bagi rijal-rial dakwah yang mengharapkan sinar islam kembali ke atas bumi Tuhan.. tanpa peperangan tiadalah kemenangan..

    Allahua’lam..
    barakAllahu fikum..

    Allahuma thabbit qulubana ‘ala deenik, wa ‘ala tho’atik, wa ‘ala jihadi fi sabilik.. innaka ni’mal maula wa ni’man nashir.. amin..

    faqiru ilAllah wa akhukum fillah,
    FaisaL

  6. oh begitu ke. Alhamdulillah, menjaga kemaslahatan umum.

  7. FaisaL said:

    ye.. begitulah akhi.. meh la datang rumah lagi.. kali ni kita study plak.. jangan download-download nasyid je.. huhu.. maaf ambil masa nta kelmarin.. semoga berjaya dalam exam.. amin.. doakan ana sekali ye.. jazakAllahu khairan kathira.. 🙂

  8. Cikgu said:

    Maaf Long. Terpanggil pula nak menyibuk. Ummi tau niat Along, dan Ummi tahu cara Along cam Ummi gak. Kita mmg kadang (huhu bukan kadang…selalu 😦 ) macam tak berhemah atau lebih parah, tak berhikmah 😦 dalam menzahirkan apa yang terbuku dalam hati dan perasaan maka itu kita kadangkala lebih suka berjihad dgn yg selemah-lemah senjata yg ada. Tapi Along lebih kuat dari Ummi, Ummi yang sering gitu kerana sebab2 tersebut.

    Tapi bersabarlah nak, mrk yg rapat dgn kita sentiasa tahu niat kita, walau kadang sukar menerima apa yg cuba kita sampaikan. Tautan ukhuwah itu takkan terurai begitu mudah kerana sulamannya terjalin dengan lapisan halus yang disimpul dan dianyam rapi. Moga Allah beri kekuatan untuk kita terus berjuang di jalanNya. Apapun, perjuangan yang paling dekat ini menggamit perhatian sepenuhnya. Maka fokus yg itu dulu. Set your priorities right, usaha dan tawakkal and Allah will always be there for you.

    Ummi
    Bumi al-Khaliq di BBI yang dulunya BBB

  9. FaisaL said:

    huhu.. tiada apa yang hendak dimaafkan.. malah anakmu ini yang seharusnya memohon jutaan kemaafan atas segala kekurangan dalam menjadi anakmu yang soleh.. insyaAllah akan ku cuba sedaya upaya.. doakan anakmu ini.. amin..

    jazakillahu khairan kathira atas nasihat yang lahir dari hati seorang ibu.. menusup masuk terus ke dalam hati seorang anak.. mengalir deras tanpa halangan dalam alirannya.. membersihkan sisa karat dalam jiwa.. menyegarkan hati yang lemah lantaran leka dengan dunia.. jazakillahu khairan kathira ummi..

    sungguh indah tautan ukhuwah yang tergambar.. ikatan erat.. tautan kuat.. tidak akan terurai dengan mudah.. sulamannya terjalin dengan lapisan halus.. simpulannya kemas.. anyamannya rapi.. berbekalkan kekuatan daripada al-Khaliq.. Tuhan Yang Mencipta.. mencipta hamba-hambaNya yang berukhuwah hanya keranaNya.. mencipta rasa kasih-sayang sesama manusia.. mencipta tautan ukhuwah yang terjalin atas aqidah yang sama.. dengan berbekalkan kekuatanNya.. insyaAllah kita akan terus berjuang di jalanNya.. amin..

    doakan perjuangan yang terdekat ini dapat dilalui dengan tenang berbekalkan kekuatan dariNya.. amin..

    andai kata kejayaan yang mendekatkan diri ini padaMu.. maka itulah yang ku pinta.. namun, andai kata selain itu lebih mendekatkan ku kepadaMu.. maka itu jugalah yang ku pinta.. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.. amin..

    sekali lagi ingin ku ucapkan.. dan ku tahu ia tidak akan pernah mencukupi walau ditambah seribu kali sekali pun lagi.. kerana jasamu tidak akan dapat dibayar hanya dengan kata-kata.. namun tika ini.. saat ini.. hanya kata-kata yang dapat ku ucapkan.. terima kasih yang tidak terhingga.. moga Allah merahmati dan memberkati setiap detik dalam hidupmu.. moga redha Allah menjadi balasanmu atas segala usahamu mendidik diriku.. moga dirimu terus kuat dan tabah.. amin.. amin.. amin ya Rabbal ‘alamin..

    salam rindu dari anakmu,
    kepada ibunya yang tabah lagi mulia,

    Along

    Bumi al-Khaliq,
    University of Tarbiyah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: