Usaha kecil si darah putih..

pembacaan hari ini..
sedikit menggusarkan hati..
sehingga aku tertanya sendiri..
mengapa bertekak sesama sendiri..
walhal keduanya niat baik di hati..

apakah satu kejadian..
meruntuhkan semua kebaikan..
apakah satu kesedihan..
meranapkan semua kebahagian..

aku seperti melihat satu wabak..
sepertinya virus-virus sedang bertindak..
merosakkan tautan ukhuwah atas yang haq..
merungkai kasih yang dulu kukuh tidak bergerak..

tidakkah kalian atas satu tujuan?..
apakah makna kesatuan..
andai antara kalian ada perbalahan?..
bukankah banyak lagi persamaan?..

bersederhanalah dalam berkawan..
tidak semua orang seperti dirimu, kawan..
mungkin kau ada kelebihan..
tetapi kau juga ada kekurangan..

hari ini kau di atas awanan..
kelak nanti mungkin kau di bawah dasar lautan..
tinggi rendah itu bukanlah ukuran..
andai apa yang kau cari hanyalah keredhaan Tuhan..

dalam berkawan jangan ada harapan..
tetapi berilah hak sebagai seorang kawan..
supaya dirimu sentiasa dalam kebahagian..
sambil mendapat redha dari Tuhan..

jangan kau hairan dengan penulisanku..
aku hanya teringat penulisan dahulu..
tidaklah aku mengangkat diriku..
aku hanya sebagai al-akh kepadamu..
mengingatkan diriku dan dirimu..
bukanlah aku selayaknya menegur dirimu..
tetapi tidaklah aku mahu membiarkanmu..
diserang penyakit tanpa pengetahuanmu..

lapangkan dada..
terimalah semuanya..
perbaiki apa yang ada..
buanglah mana yang tidak berguna..

sekadar mencuba..
menjadi darah putih dalam tautan kita..
memerangi virus yang halus tapi berbisa..
moga tautan ini kekal selamanya..

amin..

4 comments
  1. . said:

    To cross a street, look both ways. Only then you will be safe.

    Just because you are on the side whose cars are moving to the right, doesn’t mean the cars going to the left will stop when you cross the road.

    and don’t wonder about the comment. I remember what I used to write too.

  2. FaisaL said:

    maaf atas pertanyaan ini.. tapi siapakah ini?.. saya tak berapa faham apa yang hendak disampaikan.. maaf kalau ada perkara yang saya tertinggal.. moga dapat diberi pencerahan.. jazakumullahu khairan kathira..

  3. . said:

    it’s ok. all I was trying to say is, that your “pembacaan” maybe from just one side. You really have to listen to the other. That’s all.

  4. FaisaL said:

    owh.. tapi pelik juga ya.. macam mana boleh ada yang tahu apa yang saya baca.. sedangkan saya tak tulis apa yang saya baca pun di sini..

    tapi tak mengapa.. saya pasti tujuan anda adalah tujuan yang sangat baik.. lagipun apa yang anda katakan itu sangat betul.. apa-apa maklumat pun yang kita dapat, seharusnya diselidiki dahulu sebelum melakukan apa-apa.. moga terus berada dalam kebaikan sepertimana anjuran islam.. amin..

    terima kasih atas pencerahan.. dan minta maaf andai kata ada yang tersalah.. langsung tidak ada niat untuk melukakan sesiapa.. cuma yang ada hanyalah niat menyatukan mana-mana tautan yang kian merekah seperti mana dalam pembacaan saya.. dan seterusnya muhasabah diri saya sendiri..

    jazakumullahu khairan kathira atas perkongsian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: