Kembali lagi..

dan kini..
aku kembali lagi..
walaupun sudah beribu kali..
harap diterima diri ini..

setelah aku ditipu lagi..
tin kosong disangka berisi..
semuanya kerja musuh hakiki..
walaupun aku tahu itu sejak kecil lagi..

Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani..
hambaMu ini akui kelemahan diri..
seringkali tertipu dengan keindahan duniawi..
selalu sahaja salah langkah berlari..

bagaikan hidup tanpa erti..
lumpur kotor disangka suci..
bagaikan yang ada hanya dunia ini..
terlupa akan hadirnya dunia sana nanti..

terasa bagai tiada tempat untuk diri ini..
apakah ada yang lebih hina dari ini..
kalaulah ada, itulah diri ini..
malah sungguh layak untuk diri ini..

apakah masih digelar makhluk insani?..
andai kata telah dikirimkan panduan diri..
diajarkan oleh insan mulia bergelar nabi..
namun masih mengabaikan yang dipelajari..

apakah semua yang diketahui..
sekadar tulisan-tulisan tanpa erti?..
sekadar bait-bait indah puisi?..
sekadar cerita-cerita menghiburkan hati?..

aku tahu penghujung simpang itu dan ini..
kemudian masih ingin ke kiri..
manusia jenis apakah aku ini?..
binatang pun tahu menjaga diri..

apabila ada bahaya, mereka larikan diri..
tapi aku hari ini..
menari-nari dengan musuh-musuh sendiri..
duri bahaya seperti telah disamari..

semua bahaya kabur pada pandangan hati..
nafsu itu jadi raja dalam diri..
bersama syaitan yang licik mereka mengaburi..
memerintahkan diri untuk memaksiati Ilahi..

owh, sekarang kau kata mereka licik mengaburi..
bukankah kau telah tahu itu dulu lagi?..
kalau begitu, mengapa kau turuti?..
kelu lidah sendiri, hanya air mata membasahi pipi..

tiada jawapan untuk diri ini..
tiada pengharapan selain kepadaMu Ilahi Rabbi..
andai kau tutup pintu hati ini..
akulah manusia yang paling rugi..

dengan itu, aku kembali lagi..
setelah dikaburi..
walhal aku sendiri mengetahui..
terasa nifaq ada dalam diri..

ya Ilahi Rabbi, terimalah diri ini..
walaupun telah berjuta-juta kali..
kerana tiada tempat lain untuk aku berlari..
melainkan kepadaMu ya Ilahi Rabbi..

tiada aku mampu membayangkan diriku ini..
di akhirat nanti bersama golongan kiri..
menjerit, meraung dan melolong menyesali diri..
namun tidak didengari malah diseksa lagi..

ya Rabbul ‘izzati..
ampuni diriku ini..
sungguh, aku hamba yang hina..
dan Engkau Tuhan Yang Mulia..

2 comments
  1. hawa said:

    salamalaik,

    boleh ana tau, kesilapan apa yg anta kesali sebegini rupa? mengikut pembacaan ana (blog ini), ana yakin anta adalah rijal yang Islam perlukan. cuma pelik.. kesilapan apa yg anta lakukan? atau sememangnya anta sekadar muhasabah dan bertaubat mohon kesucian dari Allah?

    hawa
    USA

  2. FaisaL said:

    wa’alaikumussalam..

    ana rasa, ada baiknya ana jawab sebagai muhasabah diri dan bertaubat memohon kesucian.. kerana jawapan ini merangkumi sama ada ana melakukan kesalahan atau pun tidak.. malahan seluruh makhluk bernama manusia pasti ada kesalahannya.. kullu bani adam khoththo’, wa khoirul khoththo’ina at-tawwabun.. dan ana termasuk dalam golongan makhluk yang bergelar manusia itu.. cumanya kesalahan apa yang ana lakukan, insyaAllah nti akan tahu di akhirat kelak.. ketika seluruh manusia, bukan nti seorang melihat apa yang telah ana lakukan hari ini.. walaupun tak sanggup ana bayangkan, tetapi itulah kenyataan.. ketakutan dan pengharapan itulah yang mendorong kepada terrbitnya ayat-ayat seperti dalam entri..

    maaf tidak dapat memberitahu kesalahan secara spesifik.. harap terjawab persoalan..

    sungguh, Allah Tuhan Yang Maha Mulia..
    ana hanyalah hambanya yang hina..
    seringkali lalai leka..

    Dia meyimpan rahsia ‘aib hambaNya..
    dan mengampuni dosa hambaNya..
    sedangkan kita melupakan dan memaksiatiNya..
    malah ada yang berbangga dan menyebarkan kisah maksiatnya..
    na’uzubillahi min zalik..

    Dia mengampuni dan menyintai hambaNya yang selalu kembali kepadanya..
    walaupun tinggi ke langit dosa yang dibawa..
    Dia tetap turun ke langit dunia mendengar taubat hamba-hambaNya yang berdosa..
    tetapi kita seringkali mengabaikan tawaran-tawaranNya..
    malah lebih suka untuk terjun ke neraka..
    na’uzubillahi min zalik..

    Allahu ya Allah..
    ampuni dosa keterlanjuranku..
    janganlah Kau berpaling dariku..
    sungguhpun aku tahu..
    murkaMu kepada insan yang tahu..
    tetapi tidak melakukan seperti mana yang dia tahu..
    apakah masih tersisa rahmatMu untukku?..
    kepadaMu tetap arah yang ku tuju..
    kerana tiada arah lain melainkan kepadaMu..

    ya Rabbul ‘izzati..
    apakah masih tersisa rahmatMu untuk diriku ini?..
    moga diterima taubat dari hambaMu ini..
    amin ya Rabbi ya Ilahi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: