Perjuangan memerlukan keyakinan..

– diambil daripada blog catatan.. dari desa… dalam artikel bertajuk Kuatkah mereka? –

Perjuangan memerlukan keyakinan. Tidak akan berjaya orang yang tidak yakin dengan pekerjaannya. Lebih-lebih lagi kepada orang yang berjuang di medan dakwah dan jihad. Seringkali di dalam ceramah dan kuliah kita didendangkan dengan bermacam-macam kisah menarik tentang orang yang berjuang, baik itu di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat hingga kepada salafuna soleh mahupun kepada zaman mutaakhir kita sekarang. Namun satu persoalan yang timbul, sejauh mana keyakinan yang telah kita tanamkan kepada ummat tentang perjuangan? Tanyakan sahaja kepada yang bertempik bertakbir ketika selesai ceramah, adakah dia bersedia syahid jika ketika itu juga seruan jihad berkumandang? Mungkin agak berat persoalan ini (mampukah saya?)… namun inilah hakikatnya. Umat Islam sendiri telah hilang keyakinan terhadap apa yang diperjuangkannya…

Suatu hari ketika menyampaikan ceramah di perguruan tinggi tempatnya mengajar, As-Syahid Abdullah Azzam r.a. melontarkan persoalan kepada mahasiswanya.

” Manakah yang lebih kuat antara Amerika dan Tuhan Rabbul ‘Alamin?”

Lalu mahasiswa menjawab. “Wahai ustaz, pertanyaan seperti itu tidak pernah ditanyakan oleh orang beriman.”

Kemudian beliau bertanya lagi. ” Apakah kamu percaya bahawa Allah lebih kuat daripada Amerika? Apakah kamu yakin bahawa Allah lebih kuat daripada kelengkapan dan armada tentera mereka?”

“Itu tidak perlu diragukan lagi.” jawab mahasiswa itu serentak.

Lalu berkata As-syahid Dr. Abdullah Azzam. “Demi Allah, sekiranya negara-negara Islam percaya bahawa Allah S.W.T. lebih kuat daripada Israel, nescaya kita tidak akan pernah mengalami kekalahan disemua medan kehidupan. Kita tidak akan kembali menelan kehinaan, penyesalan dan kerendahan hati di dalam semua aspek kehidupan. Sekiranya kita meyakini bahawa Allah S.W.T. lebih tinggi, lebih agung dan lebih besar daripada Israel, maka kita tidak akan terjerumus lagi ke dalam lembah kehinaan seperti yang pernah menimpa kita.”

– diambil daripada blog catatan.. dari desa… dalam artikel bertajuk Kuatkah mereka? –

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s