Sayap-sayap ku..

pernahkah kalian rasa bersalah?..
aku pernah..

dan tika itu..
aku sangat mengharap..
aku mengharapkan hukuman..
agar runtuh bangunan kesalahan yang meninggi..
moga terbang melayang kesalahan yang berat..
supaya hilang timbunan kesalahan yang menggunung..

cuma..
bila aku fikir semula..
ini baru manusia..
aku buat kesalahan sekali sekala..
aku minta kemaafan, dimaafkannya..

tetapi..
apa yang aku buat selama ini..
bukan kepada makhluk insani..
tetapi Ilahi Rabbi..
apakah kali ini..
aku mengharapkan hukuman api?..
api yang panasnya menjulang-julang tinggi..
api yang terbakar menunggu hari..
api yang setitisnya menghancurkan bumi..
sedangkan api dunia ini..
itupun sakit tak terperi..
inikan lagi api yang kekal abadi..
apakah apabila dilihatkan api..
baru aku ingin tunduk merendah diri?..
patuh sebagai hamba ‘abdi?..
apakah perlu sehingga berdiri di depan api?..

hari ini sayap takut ku mengepak pantas..
setingkat lagi aku terbang ke atas..
namun kalau hanya sebelah sayap mengepak deras..
pasti jatuh semula setelah ke atas..
pasti hanya berputar dalam pusingan..
pasti tidak sampai ke tempat tujuan..

dengan itu..
sayap harap ku spontan mengepak laju..
terus terbang menuju langit biru..

ya Ilahi Rabbi..
sungguh, Engkau Yang Maha Mengetahui..
setiap keangkuhan dan kesalahan dalam diri ini..
Tuhan yang merahsiakan segala aibku dari makhluk insani..
imbangi aku dengan takut dan harap padaMu, ya Rabbul ‘izzati..
agar aku mampu terus hidup hanya untukMu, ya Ilahi Rabbi..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s