Penyakit rohani para da’ie..

– diambil daripada blog Info ISMA Petaling Jaya dalam entri Penyakit Rohani Para Da’e

Oleh Dr. Ali Jarisyah

1. Penyakit Nafsu

§ Perasaan tamak yang berlebihan

– membuat diri tak suka berkorban (harta, masa, tenaga dan jiwa)

– menjadi hamba nafsu kerana mengejar dunia yang tidak kesampaian

cara ubati: taqwa kepada Allah, banyakkan memberi dan biasaka ia menjadi adat

§ Kemahuan nafsu yg tidak terkawal

– mematuhi ajakan dan kecenderungan nafsu (wanita, anak2, harta, pangkat dan lain-lain)

– keinginan nafsu akan kuasai tuannya sehingga bertuhankan kepadanya

cara ubati: tingkatkan iman, bayang kebesaran Allah (rasa kerdil di sisiNya)

§ Merasakan fikirannya serba betul

– rasa ujub dengan fikiran sendiri adalah bahaya dan halang kebenaran

– yang batil dikatakan benar, juga sebaliknya

cara ubati: segera kembali kepada al-Quran dan Sunnah bila ada perselisihan.

2. Penyakit Hati

§ Hati berkarat & hati tersumbat

– hati akan terkena penyakit ini bila tidak zikir dan sebut Allah

– hati berkarat dan tersumbat akan jadi keras dan tegang dan akibatnya tidak rasa ingin ke majlis ilmu tetapi suka ke majlis hiburan dan nafsu

cara ubati: tambahkan zikir dan qiam, dampingi orang soleh dan alim dan jauhi orang jahat dan fasiq

§ Mengutamakan hal dunia

– dunia jika di tangan da’ie akan diguna untuk mentaati Allah dan beribadat kepadaNya

– dunia jika di hati da’ie akan jadi penyakit merbahaya yakni gugur di medan dakwah, kejar harta dan pangkat dan kejayaan jerat musuh-musuh Islam

cara ubati: kembalikan segala kelebihan kepada Allah sebagai ujianNya, ingati hari kehancuran dunia (kiamat) dan rasakan semua nikmat dunia akan hilang

§ Melupakan hari akhirat

– penyakit dunia akan mengeluarkan unsur akhirat dari jiwa da’ie

– jadi lupa pada akhirat kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga mengurangkan urusan dakwah

– semakin kurang dakwah, semakin kurang insafi diri, munajat pada Allah dan ingati akhirat

cara ubati: banyak mengingati Allah dan akhirat, menjadikan hati jadi harmonis dan seimbang dalam tentukan corak hidup yang aktif dalam semua urusan dunia & akhirat

3. Penyakit Akal

§ Tidak ada perancangan

– hanya bertawakal tanpa sebarang perancangan dakwah

– kekuatan tidak lahir tanpa perancangan dan persiapan jihad

– tanpa kekuatan akan mudah ditunduk oleh musuh yang bergerak serba terancang dan menyerang

– gandingan jihad ialah thabat, taati Allah dan Rasul, tiada perselisihan, sabar dan siap persenjataan

cara ubati: sedar dari kealpaan dan faham tabiat dakwah, musuh, sunatullah dan lain-lain

§ Beranggapan baik dengan musuh

– letak musuh sebagai orang berbudi dan baik sedangkan ada tanda kemunafikan dan kekufuran

cara ubati: sedar dari kelalaian kita, faham agama, sirah, lalui jalanNya, anggap baik saudara kita dan anggap buruk terhadap musuh kita

§ Kebodohan

– lakukan kesalahan berulang, tidak ambil guna pengalaman orang lain

– berbaik dengan musuh dan serahkan leher kepada mereka

– cara berdakwah yang tidak betul membuatkan musuh mahu menyerang

cara ubati: faham dan kenali diri dan berundur dahulu selangkah, dorong orang lain yang lebih tahu untuk pandu agar terhindar dari bahaya.

 – diambil daripada blog Info ISMA Petaling Jaya dalam entri Penyakit Rohani Para Da’e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: