Perkara yang sering dilepas pandang..

-diambil daripada blog ISMA Johor dalam entri bertajuk Syarat-syarat bermaksiat..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

Yang kedua.” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,“Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,“Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? “

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah Datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Wallahua’lam

……

waktu ana mula-mula baca email ini, bergetar jiwa ketika membaca syarat-syarat yang ditetapkan terutamanya syarat yang kelima. moga ikhwah2 juga rasa sedemikian dan dapat menghayati kisah ini dengan lebih mendalam.

perkara remeh tetapi kita sering abaikan dan mengambil tidak peduli dengan menganggap maksiat adalah perkara kecil yang mampu ditebus dengan sekadar beristingfar. lebih-lebih lagi salah faham kita bahawa maksiat itu hanyalah pada perkara-perkara seperti minum arak, mencuri, berzina, bunuh dan sebagainya. namun, banyak lagi perkara-perkara yang kita terlepas pandang seperti membuang masa, mengumpat, sengaja melambatkan solat, tidak menjalankan amanah, tidak bercakap benar, poteng kelas (bagi student) dan mengelat sewaktu berkerja (bagi yang sudah bekerja). banyak lagi sebenarnya, ana rasa anda semua mampu bermuhasabah diri tentang maksiat-maksiat yang kita lakukan yang mungkin kita terlepas pandang ataupun tidak sedar. harap kita dalam keadaan sentiasa bertaubat. moga nanti malaikat Ridhwan yang menjemput dan mengiringi kita ke syurga.

WAllahu Ghafuurur Rahiim
Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Wallahu’alam

Yazid_Mus’ab

-diambil daripada blog ISMA Johor dalam entri bertajuk Syarat-syarat bermaksiat..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: