Apakah masih ada jiwa dan perasaan?..

– diambil daripada blog Wardatul Syauki dalam entri bertajuk Falastheen

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa bareek ‘alaih

Moga semua dalam keadaan tenang, di bawah rahmat iman dan islam.

Kalau ada yangg bertanya, mengapa falastheen, mengapa tidak dieja ‘Palestin’ atau ‘Palestine’? Kerana dalam lughatil ‘arabiyyah (bahasa Arab) sebutan bagi palestin disebut dengan bunyi FALASTHEEN.

Jarang benar saya melaksanakan tanggungjawab menulis tentang isu ini. Mungkin kerana lambakan bahan dan info tentang isu ini, saya ambil mudah dan lebih senang meng’arah’kan pembaca dengan link-link dan artikel di laman-laman web, tapi tidak menulis sendiri. Kali ini, mahu benar rasanya saya menulis sendiri, moga ada khair utk pembaca dalam penulisan yang tidak seberapa ini.
_______________________________________

Saya ingin mengajak anda sekalian untuk duduk sejenak, meletakkan diri anda di dalam semua situasi di bawah ini. Lebih baik jika dapat digambarkan dengan sebenar-benarnya. Tutuplah mata, gambarkan di kepala atau buatlah apa sahaja asalkan ruh anda terbawa ke dalam situasi-situasi ini:

SITUASI -SITUASI

– Bagaimana jika ayah kesayangan anda ditangkap hanya kerana mempertahankan kebun Zaitun miliknya? Dengan kebun Zaitun itu ayah anda menyara hidup sekeluarga, anda dan adik-adik dapat belajar, ada makanan dan pakaian.  Kini, ayah ada di penjara dan diseksa kejam oleh Israel, kebun keluarga dirampas, dan anda terpaksa berhenti universiti untuk membantu ibu mencari sesuap makanan. Sedang ibu pula, menderita sakit kanser dan tidak dapat menerima bantuan yang wajar kerana hospital tidak dapat beroperasi akibat tiada bekalan elektrik.  Ambulans-ambulans tersadai kerana tiada petrol untuk menggerakkan.  Saudara mara anda ramai yang meninggal dunia akibat tidak dirawat dengan sepenuhnya.  Hatta pembedahan juga dilakukan tanpa sedikit bius pun kerana sesetengah ubatan dan bius disekat di sempadan.

– Kawan anda ada yang kudung kaki kirinya ditembus peluru sesat Zionis, ada yang hilang kedua-dua tangan, malah ada yang syahid ketika berjuang melawan Yahudi laknatullah.  Anda sendiri kehilangan sebelah mata akibat serpihan bom ketika operasi tanpa belas kasihan di kawasan perumahan anda. Pemuda-pemuda termasuk anda ramai yang menjadi penganggur kerana tidak dibenarkan bekerja oleh penjajah Yahudi.

– Adik anda, Reem yang usianya hanya 4 tahun melumurkan patung mainannya dengan cat merah dan adik lelaki anda minta dibelikan senapang sebagai hadiah ulang tahun. Malah jiran-jiran seusia mereka juga bermain dengan peluru, darah dan senjata. Kegembiraan zaman kanak-kanak mereka telah lama dirampas. Mereka tidak kenal apa itu chess, sahibba atau computer games, tapi mereka di’sajikan’ dengan darah dan air mata.

– Kakak anda yang baru melahirkan dan bayinya menggigil kesejukan dalam selimut nipis. Suaminya telah lama syahid setelah diburu Zionis kerana terlibat dalam brigade al-aqsa.  Tiada bekalan elektrik, tiada pemanas udara dalam pekat malam di bawah paras beku musim sejuk.  Hanya lilin dan beberapa botol air bersih yang dapat anda berikan kerana anda juga sudah bertukar menjadi biru di dalam dingin malam itu.

Apakah rasanya saudaraku?
Apakah rasanya andai itu yang berlaku padamu?
Apakah rasanya hidupmu?
Dapatkah kamu merasakan?

Dapatkah?
Dapatkan?

___________________________________

Menjadi suatu kebiasaan bagi Aman Palestin untuk menjemput pimpinan dan individu Palestin sendiri untuk datang ke Malaysia dalam rangka usaha memberikan kesedaran, perkembangan terkini, latihan dan berkongsi idea dalam usaha memberikan bantuan kepada rakyat Palestin sekaligus menyelamatkan Al-Quds dari cengakaman yahudi laknatullahi ‘alaih.

Sebagai salah seorang ahli keluarga Aman Palestin (yang kadang-kadang hidup dan kadang-kadang mati, astagfirullah), di kala berkesempatan, pasti akan turut hadir dalam mana-mana seminar dan ceramah yang ada.

Semalam, diberi Allah peluang untuk hadir sama dalam seisi TOT (training for trainers) di Putrajaya. Ucapan aluan dari Abu Hisyam begitu mengesankan. Ini kali kedua bertemu empat mata dengan beliau. Raut wajahnya tenang dalam ketegasan dan penderitaan.  Suaranya jelas menggambarkan kecekalan mereka yang menjadi pelarian di Lubnan akibat kezaliman Yahudi.  Ucapannya sering disambut laungan takbir oleh peserta. Itulah Abu Hisyam.

Training kemudiannya disampaikan oleh Isa al-imad, pemegang PhD dlm human resource dan pakar kekeluargaan. Training berkisar tentang kekuatan, peranan dan langkah dalam membantu menyelamatkan Aqsa.

Menariknya, kedua-dua mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, namun tidak menjadi sedikit pun penghalang. Semua disampaikan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan secara lansung oleh beberapa ustaz (bergilir-gilir). Amat mengesankan apabila mendengar dari mulut mereka sendiri dalam lughah al-quran(bahasa al-quran). Malah sempat divideokan kata-kata mereka, cuma sayangnya tidak dapat dikongsikan disini.

Abu Hisyam dalam ucapannya membawa khabar:

“Di Gaza pada masa ini, 105 orang pesakit meninggal dunia setiap hari kerana kekurangan bantuan perubatan akibat catuan dan penutupan sempadan” (Bayangkan saudaraku sekalian, tika kita sibuk merungut perkhidmatan di hospital swasta atau umum yang ‘tidak efficient’, mereka lansung tidak punya pilihan selain terlantar menunggu ajal!)

“Serangan berterusan di kawasan awam dan perumahan. 3-10 penduduk awam meninggal setiap hari akibat serangan.”

“Sempadan yang dibom tempohari telah ditutup kembali. Kita hanya mampu berdoa moga sempadan itu kembali dibuka dan dapatlah rakyat Palestin menerima bantuan dan keperluan asas”

Saya juga jadi teringat ketika Gaza ditutup dari bantuan luar, dari laman-laman web kita dapat ketahui, mereka bergelap, tiada pemanas ketika hawa musim dingin menyucuk-nyucuk, hatta bekalan air bersih sendiri pun tidak mencukupi.   Mengikut data dari WHO, kebersihan bekalan air di sana jauh lebih rendah dari standard minimum yang ditetapkan badan dunia itu. Innalillah, andai kita membuka mata!

“Ini adalah 3 keadaan di Quds sekarang..

1) Masjid al-Aqsa disekat sepenuhnya dari penduduk. Telah dibina tembok yang sangat tinggi yang menghalang dari orang islam untuk memasuki masjid Aqsa.

2) Israel telah membawa lebih banyak rakyat mereka ke kawasan Al-Quds dan sekitarnya. Setakat ini telah ada 700 penempatan baru dibina Israel disekitar Al-Quds.

3) Penduduk asal yang berada di sana dihalau secara paksa dan rumah-rumah orang islam telah dihapuskan.”

Kalaulah kita mendengar semua ini, kemudian masih berpeluk tubuh, periksalah hati dan jiwa… benarkah mengaku sebagai orang islam?

Isa al-imad pula pada awal pembentangan dengan jelas menegaskan:

“Al-Quds adalah ‘akidah.  kalau kamu beriman kepada Allah tiada ada pilihan bagi kamu.  Tidak sempurna iman selagi kita tidak berusaha membebaskan Aqsa!!!”

Katanya, umat islam sekarang lebih tertumpu pada kelemahan. Bila ditanya kelemahan, berjela-jela dapat dijawab. Bila ditanya kekuatan, semua tersipu-sipu malu menjawab. Mengapa harus malu?  Mengapa? Mengapa tidak kita gunakan kekuatan kita??? Usir rasa malu itu, bina kekuatan dan jadikannya sebagai senjata!!

“Tidak boleh bekerja berseorangan untuk membantu Aqsa. Perlu bekerjasama, lebih ramai, lebih baik. Jadikan perbezaan diantara kamu sebagai satu kekuatan. Apabila semua yang memiliki keistimewaan dan anugerah yang berbeza digabungkan, maka akan wujudlah suatu kuasa yang besar dan dapat membantu menyelamatkan Aqsa”

Katanya lagi, kita perlu membuat Qarar (keputusan) dan Israr (berterusan menyebutkan) dan akhirnya Istimrar (berterusan melakukan). Ini adalah kaedah yang penting. Lakukan setiap hari. Yakinlah janji Allah bahwa kita suatu hari pasti akan dapat menakluki kembali Aqsa, Al-Quds dan Palestin keseluruhannya!

Beliau turut berkongsi, SEPULUH KUNCI dalam usaha membantu Aqsa:

1 ) Keinginan (Rughbah)
2 ) Pengetahuan (Ma’rifah)
3 ) Dipraktikkan (Mumarosah)
4 ) Optimis (Taghawul)
5 ) Gambarkan (Taswur)
6 ) Iltizam (Iltizam)
7 ) Disiplin (Inthibat)
8 ) Sabar (Sobru)
9 ) Bereterusan dalam usaha (Mudawamah)
10 )Felxible (Murunah)

Adakah susah? Andai kita yakin dengan Qarar kita, kemudian tidak henti Israr dan istiqomah dalam Istimrar, in sya Allah, pertolongan Allah itu amat dekat. (Maaf saya tidak dapat menghuraikan satu persatu kunci2 ini disini. Panjang nanti jadinya!)

Kata-kata terakhir yang ingin dikongsikan dari Isa al-Imad:

“Susahkah wahai saudaraku utk kamu meluangkan hanya 5 minit dalam sehari, menadah tangan, berdoa utk kesejahteraan dan dipermudahkan urusan saudara-saudara di Palestin? Banyakkah andai kamu setiap hari hanya mengeluarkan RM1 utk membantu mereka yang berjuang bermati-matian disana? Dan banyakkan masa selama 5 minit setiap hari utk kamu membicarakan soal Palestin kepada mereka-mereka yang masih belum mengetahui? Saudaraku, HANYA 10 MINIT & RM1 SETIAP HARI, adakah kamu tidak mampu?”

Allahu’alam. Tepuk dada, tanyalah iman dan usaha anda!!!

Wallahu’alam
Moga ada khair dan berkah dalam setiap amal!

Wardah as-Syauk
21 Rabiul Akhir 1429H
28 April 2008

– diambil daripada blog Wardatul Syauki dalam entri bertajuk Falastheen

4 comments
  1. aLiph said:

    isk3..
    ciannye..
    xbley wtpe r..
    bley tmpg sedey jela..
    cube pk2 kn..
    dh bape juta owg smyg hajat..bape kali doa..
    dl aku slalu t’pk..
    np allah xtlg kte?
    kte owg islam..
    ble rujuk blk dlm quran..br sdr allah bg syarat..

    an-nur ayt 55..
    al-fath ayt 22..
    rum ayt 47..
    ali imran ayt 139..
    al-munafiqun ayt 8..

    kesimpulannye..
    allah nk iman n amal soleh..

    adakah kte xbriman?
    allah nk iman yg solid..xde syirik evn sbsr zrh..mcm iman sahabat r.anhum..

    adakah kte xb’amal soleh?
    allah anta nabi saw utk aja kte b’aml..amal soleh ialah amal sunnah nabi saw..dr sekecil2 n seringan2 sunnah smpi sebsar2 n seberat2 sunnah..

    so,slagi mn xde 2 bnde ni..jgn mmpi r islam akn mng..pe yg kte mmpu..tgk jela..nangis n sedey..

    “dakwah nabiku dgn air mate..dakwahku dgn gelak ketawe..”

  2. sara-chan said:

    btol2..
    janji Allah tu pasti, akan bg kemenangan kat Islam..tp kite tak leh la dok diam je tak wat pape keje n berdoa n berharap Allah akan bg kemenangan..sedangkan kite tak wat pape. sedangkan tiap kemenangan tu perlukan usaha. then ape usaha kite? ramai antara kite yg tak nampak skrg kemungkaran plg besar ada depan mata..Al-quran n as-sunnah tak diletakkan di tempatnye, tak dijadikan sumber hukum..umat islam skrg kena pijak2, kena tindas tp ramai yg tak sedar..ramai yg masih tido lg..bangkitlah umatku..lets work 4 da sake of islam..imma syahadah wa imma sa’adah!

  3. najibah said:

    salam alaik..

    sesak nafas kejap bace artikel di ats..
    teringat ceramah dr Dr Beraim Baba yg mngikuti misi MERCY ke Afghan.. mnceritakn jerit perih ditembak tntera smpai lumpuh.. Ya Allah.. they have sumtin’ to contribute.. bertuahnya~

    betapa diri ni x da apa2 untuk mmbantu Islam.. nk mngharap doa yg ditabur, entahkn diterima atau tidak mmandangkn diri yg pastinya mmpunyai hijab tebal dgn Rabb…

  4. huhu said:

    hmmm… dapat2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: