Ku tanyakan pada diriku..

ku tanyakan pada diriku..
bagaimana dosa dilihat oleh diriku?..
adakah seperti gunung yang ingin menghimpapku?..
atau sekadar hanya lalat yang terbang di hadapanku?..

ku tanyakan pada diriku..
apakah hidayahMu itu pasti milikku?..
siapa yang menjamin esok aku masih sujud padaMu?..
apakah esok aku akan terbuka hati untuk taubat padaMu?..

ku tanyakan pada diriku..
lalu apakah sebab aku mengabaikan hidayahMu?..
apakah aku hanya ingat pada sifat pemurahMu..
dan melupakan azab berat siksaMu?..

ku tanyakan pada diriku..
adakah aku tahu nasibku kelak di sana?..
apakah hanya dijadikan syurga?..
sehingga aku terlupa adanya neraka?..

ku tanyakan pada diriku..
bagaimana sebenarnya hidupku di dunia?..
apakah aku hanya mengharap rahmat dariMu?..
dan aku tidak takut akan azab seksaMu?..

ku tanyakan pada diriku..
apakah hatiku seperti burung yang terbang kepadaMu?..
di mana diletakkan pengharapanku?..
dan di mana pula perginya ketakutanku?..

kemudian ku semak semula jawapanku..
lalu aku tahu di mana diriku..
dan jalannya hanya satu..
dan semuanya terpulang padaku..

banyak lagi soalan untuk diriku..
namun cukuplah ini untuk ku jawab dulu..
kerna akhirnya aku tahu..
jawapannya tetap sama di situ..
dan penyelesaiannya tetap satu..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s