Adakah hatiku sensitif?..

– dipetik daripada laman web Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dalam artikel bertajuk Hati Yang Sensitif..

Assalamu’alaikum Warahmatullah

Sebagai generasi yang terdedah kepada banyak berita semasa dari seluruh dunia, berita apakah yang menjadi pilihan utama kita? Keputusan bola sepak piala Eropah? Mungkin sebab piala Malaysia tidak lagi menyengat. Berita politik semasa.. siapa lagi yang ‘menghentam’ dan ‘kena hentam’, berita-berita panas, kerusi-kerusi panas!..?. Berita ekonomi? Atau mungkin kerajaan umum naik gaji atau turun harga minyak!!. Bila kita melayari internet, ‘blog’ siapa atau homepage siapa?. Atau peluang buat duit sekelip mata, yang kadang kala buat orang cerdik hilang kecerdikannya dan gelap matanya!

Cuba kita tanya rakan-rakan sekerja kita.. atau mad’u-mad’u kita. Berapa orang yang mencari dan membaca dengan serius berita-berita dunia Islam. Pengorbanan pejuang dan sebahagian umat Islam mempertahankan tanah air, aqidah, perjuangan dan maruah mereka. Ia hanya menjadi berita ‘kecil’ bagi sebahagian akhbar perdana, itu pun ia sekadar menterjemah tanpa merungkai niat jahat pengolahan cerita-cerita atau berita-berita tersebut yang bersumberkan musuh-musuh Islam.

Kesian umat Islam…. Saya yakin pengerak-pengerak Pembina tidak begitu.. Hati mereka selalu teringat saudara-saudara mereka yang berjuang di Palestin, Gaza khususnya. Bila mereka makan bersama anak dan isteri, mereka akan teringat anak dan isteri pejuang-pejuang di sana, juga di tempat-tempat lain. Begitu juga sumber berita, tajuk-tajuk berita yang mereka cari…

Izinkan saya berkongsi dengan ikhwah dan akhwat, saudara dan saudari yang saya kasihi, betapa sensitifnya hati pejuang-pejuang yang bersih hatinya. Satu contoh dari seorang tokoh yang tak perlu saya perkenalkan lagi iaitu Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Seperti yang diceritakan oleh seorang anggota Ikhwan kepada Ustaz Abbas As Sissi;

“Aku memberikan sepucuk surat kepada Imam As-Syahid kiriman dari salah seorang al-Ikhwan Muslimin. Surat itu adalah salah satu surat dari timbunan surat-surat yang dikemukakan kepadanya. Beberapa ketika aku lupakan mengenai perkara itu. Kemudian aku ingin melihat siapa yang berada di bilik itu. Tiba-tiba aku melihat kesan titis air mata banyak bercucuran di atas surat itu. Aku terkejut kerana aku juga pernah membaca surat itu sebelum ini, akan tetapi ia tidak langsung memberi kesan kepada jiwa aku, sebagai mana jiwa lelaki yang agung ini. Aku tahu, si pengirim menyumbang derma sebanyak empat paun kepada al-Ikhwan Muslimin. Apakah keanehan di dalam hal itu, padahal di waktu itu banyak sumbangan mengalir beratus-ratus paun banyaknya.”

“Sebagai seorang pemimpin yang sensitif, perkara itu mengharukan perasaanya dan tidak mengharukan perasaanku.”

Surat itu berbunyi begini: “Ramai orang memberikan saham mereka kepada akhbar al-Ikhwan Muslimin, kemudian mereka mendermakan saham-saham mereka apabila kamu mencadangkan agar mereka mendermakan saham mereka itu. Aku juga ingin berkongsi bersamamu di dalam konsep pengorbanan ini. Aku tidak mempunyai sebarang saham lantaran kesempitan hidupku, jadi di sini aku kirimkan kepada mu separuh dari gaji bulanku yang bernilai setengah saham untuk aku dermakan”

Imam As-Syahid memberi komentar: “Orang seperti ini dan dengan wang sedikit inilah, dakwah akan mendapat kemenangan”.

Bagaimana pula hati kita bila mendengar berita-berita tersebut?. Bagaimana pula sokongan kita terhadap boikot produk-produk Belanda yang telah menghina Islam…

Adakah hati kita sensitif..?

– dipetik daripada laman web Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dalam artikel bertajuk Hati Yang Sensitif..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: