Persoalan lama..

tersentak seketika..
jarang sungguh aku memikirkannya..
baru sekarang terlintas semula..

bukan aku tidak tahu..
bukan perkara baru..
malah telah lama aku diberitahu..
cuma aku yang lalai dek nafsu..

leka dengan dunia sendiri..
terlupa tujuan hidup di sini..
mengabaikan apa yang menanti..
bagai orang yang mabuk sendiri..

aku di sini seperti petani..
petani yang menanam hari ini..
dan akan menuai di kemudian hari..

petani yang tanam pabila tiba waktunya..
dan menuai setelah tiba masanya..
kedua-duanya ada waktu dan ketika..
telah tetap aturannya..

dan aku pula?..
beramal di dunia..
dan dihisab di sana..
bukankah semudah itu perkiraannya..
mengapa aku selalu terlupa?..

namun..
setiap sawah ada serangganya..
setiap ladang ada parasitnya..
setiap kebun ada perosaknya..
tidak terkecuali kita di dunia..
ada sahaja yang mengganggunya..

tetapi..
itu bukan alasan..
kerna aku telah dilengkapkan..
aku diberikan al-Quran..
dan Rasul sebagai ikutan..
apa lagi yang aku mahukan?..

persoalan lama..
yang datang sekali sekala..
apabila aku tersentak dari leka..
dan jawapannya tetap sama..
cuma tinggal aku yang memilihnya..
satu antara dua..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s