Mencari teman ke syurga..

– diambil daripada blog FUSSILAT, blog salah seorang insan yang mendidik jiwa ini, dalam entri Mencari Teman ke Syurga

Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan roh-roh berpadu dengan ikatan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan paling mahal. Ukhuwwah wujud dari keimanan dan perpecahan wujud dari kekufuran. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Tiada persatuan tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah itsar (mengutamakan orang lain).

“Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.”

(Surah al-Hasyr [59]:9)

Al Akh yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan mendapat pengganti selain mereka. Sementara mereka, apabila tidak bersamanya, maka mereka akan bersama dengan orang lain. Sesungguhnya serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain.”

(Surah at-Taubah [9]:71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.

(Imam Hasan al-Banna)

Tidak ada persahabatan tanpa ketaqwaan. Firman Allah di dalam al-Quran,

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh-musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah az-Zukhruf [43]:67)

Tiada yang dapat merasakan manisnya iman kecuali bagi yang meneguk manisnya iman. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya maka akan merasakan kelazatan keimanan iaitu yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaan nya kepada selain keduanya, tiada mencintai sesorang kecuali Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan kedalam api neraka.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Imam Malik, Nabi SAW bersabda Allah SWT berfirman “KecintaanKu didapati oleh orang-orang yang saling mencintai dan saling duduk kerana Aku, saling berkunjung keranaKu dan saling memberi keranaKu.” (Al Muwatta’)

Dari Abu Malik Al Asya’ari, Rasulullah SAW bersabda tentang golongan manusia yang dicemburui oleh para nabi dan syuhada’, “mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana kekerabatan mereka, bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah seperti cahaya dan mereka saling berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut dikala manusia ketakutan dan mereka tidak bersedih dihati tatkala manusia bersedih hati…” (Hadith Riwayat Ahmad)

Imam Hassan Al Banna berpesan “Hendaklah kalian mencintai sesama, hendaklah kalian sangat mengambil berat kepada ikatan, kerana itulah rahsia kekuatanmu dan keberhasilanmu. Dan tetaplah tegar sehingga Allah memberikan keputusan dengan haq antara kalian dan kaummu. Dia adalah sebaik-baik pemberi keputusan.”

– diambil daripada blog FUSSILAT, blog salah seorang insan yang mendidik jiwa ini, dalam entri Mencari Teman ke Syurga

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: