Sentakan jiwa..

aku pelik dengan diriku..
aku ini lupa atau apa?..
bukti semua di depan mata..
jelas nyata dan terang..
tidak perlu kepada penerangan lainnya..
sungguh Allah itu Tuhan Yang Maha Esa..

kadang aku tidak perasaan..
bila Allah menolongku..
bila Allah menyelamatkanku..
bila Allah menarik diriku..
bila Allah memberi sesuatu padaku..
banyak sekali yang aku terlepas pandang..
sedangkan sudah terlalu banyak yang diberikanNya..

cuma aku yang terlalu leka dan lalai..
selalu terlupa..
alpha dengan kehidupan dunia..
kadang langsung tidak teringat hakikat dunia..
malah ada kalanya terasa hidup ini selama-lamanya..
pemikiran jenis apakah ini?..
Allah yang dengan mudah menghidupkan diri ini..
tanpa ada contoh sebelum ini..
pasti lebih mudah bagiNya menghidupkan diri ini..
setelah diri ini kaku terbaring di dalam bumi..

mungkin kali ini aku dijentikkan peringatan lagi..
tapi siapa yang boleh berjanji..
esok hari..
aku akan dijentik lagi?..
apakah aku mampu menjamin diri ini?..
apabila esok hari..
tatkala aku lupa diri..
aku akan disentak sekali lagi..
menyedarkan hakikat siapa diri ini..
apakah tujuan aku di sini..
ke mana destinasiku selepas ini..

tiada siapa yang mampu menjaminnya..
maka aku meminta hanya padaNya..
Tuhan yang empunya hidayah..
Dia memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya..
dan menarik daripada siapa yang dikehendakiNya..

Ya Allah..
Tuhan yang memegang hati ini..
janganlah Kau membiarkan aku sendirian di dunia ini..
kecuali Engkau sentiasa membimbing jiwa ini..
janganlah Kau meninggalkan diri ini..
walaupun sekelip mata..
atau sedetik masa..
atau yang lebih sekejap daripada itu..
tetapkanlah hati ini..
agar sentiasa di atas deenMu..
moga sentiasa di atas ketaatan kepadaMu..
supaya sentiasa di atas perjuangan menegakkan agamaMu..

amin..
amin..
amin ya Rabbal ‘alamin..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s