Untukmu mujahidah sejati..

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indah nan permai

Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati, akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati, hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah
menjadi muqarrabin, bermujahadah
menuju cinta dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan

Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta
Dalam diri dengan dosa-dosa

Advertisements

2 thoughts on “Untukmu mujahidah sejati..

  1. alhamdulillah.. segala puji kepada Tuhan yang ‘ilmuNya tiada batasan dan tidak terjangkau oleh manusia walaupun sedikit sahaja daripadaNya.. Maha Mulia Tuhan yang mengurniakan kemahiran bahasa pada makhluknya yang bernama manusia.. Maha Terpuji Tuhan yang mengilhamkan hambaNya untuk mengolah dan menyusun ayat-ayat seperti dalam nasyid ini..

    pujian disampaikan kepada munsyid nasyid ini yakni NahwanNur kerana berjaya menyampaikan isi yang penting dengan wadah yang interaktif tanpa membelakangkan kepentingan isinya.. tahniah..

    moga bermanfaat.. amin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s