Kerehatan hakiki..

kata sahabatku..
tiada cuti dalam hidup seorang da’i..
kata murabbi..
ini bukan kerehatan hakiki..
kalau begini..
kerehatan apa yang ku cari?..
apakah aku telah jemu dengan jalan ini?..
atau aku mahu lari?..

kedua-duanya itu bukan satu pilihan untuk diri..
tiadalah Rasulullah pernah berhenti dengan jalan ni..
hatta diletakkan rembulan di tangan kanan nabi..
dan matahari di tangan kiri..
baginda tidak pernah berhenti..
dicaci, diherdik dan dihina tiap-tiap hari..
sedikit pun tidak menggoyahkan hati..
sahabat diseksa sakit tidak terperi..
langsung tidak mengubah hati..
mereka tetap teguh dengan jalan ni..
dengan bermodalkan kisah-kisah ini..
di mana kerehatan yang ku cari?..

apakah aku daripada golongan yang tergesa-gesa?..
atau aku sudah terlupa nilai syurga?..
mungkinkah aku leka dengan keindahan dunia?..
atau aku sudah lesu kerna dosa-dosa?..

tiadalah aku meminta kerehatan lagi..
kerna aku sedar di mana kerehatan hakiki..
bukanlah ia berada di sini..
tetapi ia berada di sisi Ilahi nanti..

Ya Rabbul ‘Izzati..
Tuhan yang memegang hati ini..
tetapkanlah hati ini..
atas deenMu yang suci..
atas ketaaan kepadaMu, Ya Illahi Rabbi..
atas jihad dan perjuangan pada jalanMu ini..

amin..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s