Zatiah..

– diambil daripada blog Ustaz Muhammad Ismail dalam entri bertajuk Sifat Zatiah (Kendiri)

Ia merupakan satu rangsangan yang kuat mendorong manusia menggunakan sepenuh kemampuan untuk melakukan kerja tertentu ke arah mencapai matlamat tertentu. Malah ia sanggup menempuh segala rintangan dan ranjau demi mencapai objektif. Sifat zatiah mendorong daie melakukan tugas tersebut, sekali pun hanya sekadar dia merasai bahawa kerja itu dapat membantu perkembangan peribadinya dalam semua aspek. Dia akan melakukan kerja kerja itu tanpa ada taklif dan mutabaah bahkan sebaliknya mengharapkan ganjaran pahala dari Allah SWT.

Sebagai contoh menjelaskan maksud zatiah.

  1. Zatiah Imaniyah: Abu Bakar as Siddiq bersegera menyampaikan dakwah kepada Bilal di waktu malam tanpa menunggu terbit matahari sejurus mendapat dakwah dari Rasulullah saw.
  2. Zatiah Harakiyah: Kisah al Banna ketika ziarah rumah tuan qadhi dalam bulan puasa.

Tuan qadhi menghidangkan teh kepada tetamunya dalam cawan perak sampai kepada giliran al Banna. Beliau minta teh dalam gelas kaca.

Tuan qadhi tersenyum, seraya berkata: “Mungkin kamu tak minum teh dalam cawan perak?”

Jawab al Banna: “Ya! lebih lebih lagi kita sekarang di rumah tuan qadhi.”

Tuan Qadhi: “Oh ini masalah khilaf, perbincangannya terlalu panjang, kita tak buat apa pun, jadi kita tak boleh terlalu ketat (syadid) dalam perkara ni!”

Al Banna: “Wahai tuan! Ia memang khilaf tetapi dalam isu lain bukan dalam isu minum dan makan dalam bekas yang diperbuat dari emas dan perak. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud :”jangan kamu minum dan makan dalam bekas yang diperbuat dari emas dan perak” dan dalam hadis yang lain bermaksud “… Sesiapa yang minum dalam gelas dari emas dan perak seolah olah dia menelan api neraka yang bergelojak di dalam perutnya” tak boleh qias dengan adanya nas oleh itu kita perlu laksanakan nas. Alangkah baik jika tuan menyuruh semua minum dalam gelas kaca.”

Orang ramai menyahut: “Hal ini adalah masalah khilaf! jadi kita tak boleh cegah.”

Hakim Sivil: “Wahai tuan qadhi! Selama mana ada nas, kita perlu menghormati nas. Kita tak perlu kaji tentang hikmah, meninggalkannya berdasarkan nas adalah lebih baik dari meneruskannya, jika tidak kita termasuk dalam orang-orang yang cuai.”

Al Banna mengucapkan terima kasih kepada tuan hakim sivil, sambil mengisyaratkan cincin emas di jari tuan hakim sivil dan berkata: “Wahai tuan hakim! Kamu telah memutuskan hukum sila tanggalkannya kerana nas mengharamkan emas kepada lelaki.”

Hakim Sivil: “Wahai ustaz! Saya hanya memutuskan hukum berdasarkan undang-undang Napolean. Tuan Qadhi yang memutuskan hukum berdasarkan al Quran dan Sunnah jadi kita perlu beriltizam dengan keputusannya, oleh itu biarlah aku berpegang dengan keputusan Tuan Qadhi.”

Al Banna: “Perintah ini untuk semua orang Islam dan kamu wahai Tuan Hakim salah seorang daripada orang Islam…”

Selepas itu Tuan Hakim terus menanggalkan cincinnya.

    3. Zatiah Ijtima’ieyah: Ia merupakan pintu kebaikan yang terbuka luas kerana terlalu banyak cabang-cabangnya dan ia merangsang persaingan dan perlumbaan seperti yang berlaku diantara dua orang tokoh sahabat agung iaitu antara Abu Bakar as Siddiq dengan Umar al Khattab radhi yallah an huma.

Hadis Abu Daud dan Tarmizi yang meriwayatkan dari Umar al Khattab r.a berkata; Rasulullah saw telah memerintah kami bersedekah;

Umar berkata: “Hari ini aku berpeluang mengatasi Abu Bakar, aku sedekah separuh dari hartaku.”

Rasulullah saw: “Wahai Umar! Apa yang kamu tinggalkan kepada keluargamu.”

Umar r.a: “Seperti yang aku sedekah”

Kemudian datang Abu Bakar lalu ia bersedekah semua hartanya

Rasulullah saw: “Wahai Abu Bakar! apa yang kamu tinggalkan kepada keluargamu?”

Abu Bakar r.a: “Aku tinggalkan kepada mereka Allah dan Rasul.”

Umar r.a: “Aku tak dapat mengatasi Abu Bakar r.a dalam apa pun.”

Begitulah persaingan dan perlumbaan yang berlaku di kalangan generasi sahabat r.a.

– diambil daripada blog Ustaz Muhammad Ismail dalam entri bertajuk Sifat Zatiah (Kendiri)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: