Turun naik seorang da’i..

ya Rasulullah..
insan yang ujiannya tersangat jauh lebih hebat dariku..

ya Nabiullah..
da’i yang tidak ada jemu dalam kamus perjuangannya..

ya Habibullah..
hambaNya yang dikasihi seluruh penduduk langit dan bumi..

ya Khatimul anbiya’..
manusia yang membawa berita gembira kepada seluruhnya..

izinkan salah seorang umatmu yang dhaif ini..
untuk meminjam lirikan munajat agungmu..
untuk merasai kerendahan hamba di hadapan Rabbnya..

Ya Allah..
Sesungguhya daku mengadu padaMu akan kelemahan upayaku..
kurang usahaku dan hinanya aku di kalangan manusia..

Wahai Tuhan sekalian alam, Engkaulah Tuhan golongan yang lemah..
Engkaulah yang Maha Mengasihani, dan Engkaulah Tuhanku..

Kepada siapa Engkau serahkan aku..
di kejauhan aku disisihkan..
atau kepada musuh yang diberikan kuasa padanya..
untuk menggagalkan urusanku..

Tidak mengapa lah jika Engkau tidak murka padaku..
tetapi aku lebih mengharapkan naungan kesejahteraan daripadaMu..

Aku mohon berlindung dengan nur “wajah”Mu yang menerangi kegelapan..
dan memperelokkan urusan dunia dan akhirat..

Lindungilah daku dari kemurkaanMu..
atau apa yang mungkin menimpaku disebabkannya..

Hanya kepada Engkaulah aku pasrahkan diri..
sehingga Engkau redha..

Sesungguhnya tiada daya-upaya..
dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah..

aku hanyalah seorang pengemis cinta Ilahi..
yang sudah berkali-kali mengetuk pintu keampunan Ilahi..
dan bukan sekali juga kedatangan ku dirai..
kerna Dialah Tuhan Yang Maha Mengasihani..
bukanlah aku layak menguntai kata-kata munajat agung ini..
namun kali ini..
aku bawakannya kembali..
dan aku hadir lagi..
kerna tiada tempat lain lagi yang patut aku pergi..
melainkan kepadaMu ya Ilahi Rabbi..
andai kata kali ini..
Kau berpaling dan murka dengan diri ini..
tiada guna lah lagi aku di dunia ini..
sekiranya di sini sudah tidak dihiraukan lagi..
apakah ada muka untuk aku di sana nanti?..

wahai Tuhan yang memegang hati ini..
tenangkanlah hati ini..
moga terus ditetapkan di atas deenMu yang suci..
amin ya Rabbal ‘alamin..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s