Rintihan hamba..

Di bibir kami tak pernah terlafaz namaMu Ilahi
Hanya terukir kata nista berwangian dosa
Jiwa kami parah terluka
Lantaran noda…
Segala-galanya terukir lawa
Kerna nafsu raja

Kami sesali kejahilan diri yang selama ini
Bersarang di hati dan tergambar ngeri
Pedih seksaMu nanti
Hati kami suram dan kelam
Tak bercahaya…
Bagaikan malam tiada berteman
Seri sang rembulan

Wahai Tuhan bantulah kami
Lindungi kami yang tak berdaya
Di bumiMu ini

Kami nantikan sinar nurMu
Yang kami rindu dan damba selalu
Tertingkat rasa bimbang dan ragu
Untuk mengadapMu

Kami rayukan keampunan dan keredhaan
DariMu Ilahi
Nyalakan segera obor cinta kami
PadaMu Ilahi

Kami syukuri atas ni’matMu
Yang melingkari diri kami
Lantas membangkitkan rasa kecintaan
Di hati kami
Lalu terbinalah hidup yang hakiki
Dan tenang di Firdausi

Advertisements

7 thoughts on “Rintihan hamba..

  1. biar baitnya berbeza, biar ungkapnya tak serupa, biar rangkapnya tak sama. tapi semuanya persis

    sebab ia datang dari hati yang satu

    semoga Allah memimpin hati ini dan hati-hati yang bersamanya.

    -naqib mujahid ulung-

  2. biar baitnya berbeza, biar ungkapnya tak serupa, biar rangkapnya tak sama. tapi semuanya persis

    sebab ia datang dari hati yang satu

    semoga Allah memimpin hati ini dan hati-hati yang bersamanya.

    -naqib mujahid ulung-

  3. betul.. amin ya Rabbal ‘alamin.. jazakAllahu khairan kathira naqib ulung kepada mujahid yang masih belajar.. moga terus sudi mengajar.. kalau pun bukan kepada diri ini kepada orang lain semuanya.. doakan kita sama-sama terus kuat untuk hadapi semua rintangan dalam gerak kerja ini.. kerana di hadapan sana memang tidak pernah senang.. moga terus tsabat atas jalanNya.. amin..

  4. salam…ermm…sy tertanya2..siapa yg nyanyikan lagu ni yg sebenarnya…?kumpulan nasyid ape erk…sy nak tau sngat….please…

    1. salam. maaf sangat lambat jawab.. nasyid ini dinyanyikan oleh kumpulan Nahwan Nur.. dengan tajuk Rintihan Hamba.. dalam album mereka berjudul Terlerai Kabus Di Terbit Fajar..

      saya ada uploadkan dalam file box.net saya untuk dikongsikan bersama sebab dah susah nak cari kaset original.. boleh download di sini.. atau klik pada link di bawah..

      http://www.box.net/shared/lqtnntjgon

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s